BERAKAS GARRISON, Thursday, 17 March 2022 - Royal Brunei Land Force (RBLF) held a religious event in conjunction with the celebration of Nisfu Sya’aban 1443 Hijrah today at all suraus within RBLF camps and via Video Teleconference (VTC).
Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also present were Senior officers, officers and personnel of RBLF. Similar ceremonies were also held simultaneously at all RBLF camps attended by respective officers and personnel.
The ceremony began with the recitation of Sayyidul Istighfar and the recitation of Surah Al-Ghafir verses 60 to 65 along with its translation read by Sergeant Mohammad Ali Hussin bin Zakaria followed by mass Maghrib prayers. The event continued with mass Hajat prayers, recitation of Doa Tolak Bala and recitations of Surah Yassin and a special doa to mark Nisfu Sya’aban.
The ceremony concluded with mass Isya’ prayers, recitation of Doa Peliharakan Negara dan Sultan and recitation of Selawat, Surah Al-Asr and Tasbih Kaffarah.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN SAMBUTAN NISFU SYA’ABAN 1443 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Khamis, 17 Mac 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Sambutan Nisfu Sya’aban 1443 Hijrah pada hari ini bertempat di semua surau dalam perkhemahan TDDB dan secara maya.
Hadir di majlis yang diadakan di Surau Al-Faizun ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota di setiap perkhemahan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al-Ghafir ayat 60 - 65 berserta inti sari ayat oleh Sarjan Mohammad Ali Hussin bin Zakaria. Majlis diteruskan dengansembahyang Hajat berjemaah, bacaan Doa Tolak Bala dan bacaan Surah Yasin sebanyak tiga kali beramai-ramai berserta doa khas Malam Nisfu Sya’aban.
Majlis diakhiri dengan sembahyang Isya’ berjemaah, bacaan Doa Peliharakan Negara dan Sultan diikuti dengan bacaan Selawat, Surah Al-Asr serta Tasbih Kaffarah.