BERAKAS GARISSON, Tuesday, 07 November 2023 - The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 62nd anniversary today with a grand parade involving 939 personnel at the First Battalion (1Bn) RBLF’s Parade Square, Berakas Garrison.

Upon arrival, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Haji Sulaiman, Commander RBLF received the honourary salute from the parade commanded by Major Mahathir bin Haji Nordin, Deputy Commanding Officer of 1Bn RBLF. The event continued with inspection of the parade, followed by a speech delivered by the Commander RBLF. In attendance during the ceremony were the Deputy Commander RBLF, Senior Land Force Officers across the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and RBLF, officers and other ranks of RBLF.

The Commander of RBLF in his speech, reiterated the pledge of unwavering loyalty and highest appreciation to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and reflected how RBLF has continuously evolved throughout the years in terms of military capabilities and personnel well-being under the wise leadership of His Majesty. In conjunction with RBLF’s 62nd Anniversary, the Commander of RBLF announced that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam had consented for the establishment of the Field Headquarters RBLF, and the RBLF’s Third Squadron Combat Engineers (construction). Additionally, the Commander of RBLF also announced the disbandment of Support Battalion RBLF and to be absorbed into Field Headquarters RBLF.

He then outlined RBLF’s vision as to “High Readiness and Adaptive Force” and the mission to “Defend Our Sovereignty and Land Territorial Integrity” as well as the seven roles of RBLF that have also been reviewed. In support of this vision, mission, and role, RBLF has evaluated and translated the priorities and guidelines outlined in the Defence White Paper 2021 and Commander RBAF’s Guiding Principles to the eight strategic objectives of RBLF as a focus towards supporting the vision and mission of the Ministry of Defence and RBAF, as well as to support the whole government approach.

Amongst RBLF’s achievements highlighted by the Commander RBLF includes RBLF contribution to peace and security through interagency cooperation; attaining the optimum operating capability of the Combined Arms Battalion’s concept of deployment by heliborne, motorise and riverine platform; strengthening of bilateral relations through military exercises and engagements with RBLF counterparts as well as the acquisitions of new equipment to improve the effectiveness of operations, in line with RBLF’s development plan.

Following the Commander’s speech, the event continued with the lowering of the flag of Support Battalion RBLF and  flag and badge presentation by Commander RBLF to Lieutenant Colonel Md Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF, to mark the initiation of Field Headquarters RBLF. This was followed by the parade taking the Land Force Oath, the recital of Doa Selamat and a group photo.

The event then continued at the Officers’ Mess, Berakas Garrison for the officers, and at the Warrant Officers’, Staff Sergeants’ and Sergeants’ Mess, Berakas Garrison for the Senior Non-Commissioned Officers for the cake cutting ceremony to mark the 62nd RBLF Anniversary. The event also included the launch of General Standing Orders (GSO) for Field Headquarters RBLF, Medical Services RBLF, Dental Services RBLF, and Royal Guards Regiment RBLF.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MERAIKAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KE 62 

PERKHEMAHAN BERAKAS, Selasa, 07 November 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan Hari Ulang Tahun penubuhannya ke 62 pada hari ini dengan upacara perbarisan yang terdiri daripada 939 anggota bertempat di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB), Perkhemahan Berakas.

Sejurus ketibaan, Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Haji Sulaiman, Pemerintah TDDB menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Mejar Mahathir bin Haji Nordin, Timbalan Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB. Upacara diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan dan diikuti dengan perutusan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera Darat dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Dalam ucapan perutusan tersebut, Pemerintah TDDB telah menyembahkan lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan setinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan mengimbas pelbagai pencapaian termasuk peningkatan keupayaan dan hal ehwal kesejahteraan tentera di bawah pimpinan bijaksana Baginda. Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei ke 62 ini, Pemerintah TDDB mengumumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan  bagi penubuhan  Markas Medan TDDB dan Skuadron Ketiga Jurutera Tempur (pembinaan) TDDB. Selain itu, Pemerintah TDDB juga mengumumkan  pembubaran Batalion Bantu TDDB dan diserapkan ke Markas Medan TDDB.

Beliau kemudiannya mengetengahkan visi TDDB iaitu   ”Kesiagaan Yang Tinggi dan Tentera Darat Yang Adaptif” dan misi untuk “Mempertahankan Kedaulatan Negara dan Integriti Kawasan Daratan” serta tujuh peranan TDDB yang telah  dikemaskini. Dalam menyokong visi, misi dan peranan ini, TDDB juga telah melaksanakan penilaian dan imbangan semula dalam menterjemahkan keutamaan dan panduan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan 2021 dan Panduan ABDB kepada Lapan Objektif Strategik TDDB sebagai tumpuan ke arah mendokong Visi dan Misi Kementerian Pertahanan dan ABDB yang perlu dicapai di samping mengongsikan pencapaian TDDB yang telah diraih sepanjang tahun.

Antara pencapaian TDDB yang yang diketengahkan oleh Pemerintah TDDB termasuk usaha TDDB yang sentiasa menyumbang kepada keamanan dan sekuriti negara  melalui kerjasama antara agensi, mencapai keupayaan konsep operasi secara optimum bagi Combined Arms Battalion melalui platform heliborne, motorise dan riverine. Selain itu, peningkatan hubungan dua hala melalui latihan dan penglibatan ketenteraan serta perolehan peralatan baharu juga turut dicapai bagi meningkatkan keberkesanan operasi, selaras dengan perkembangan keupayaan TDDB.

Sejurus daripada perutusan Pemerintah TDDB, acara diteruskan dengan penurunan bendera Batalion Bantu TDDB serta penyampaian bendera dan lencana  oleh Pemerintah TDDB kepada Leftenan Kolonel Md Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB bagi menandakan permulaan penubuhan Markas Medan TDDB dan seterusnya disusuli dengan ikrar Tentera Darat daripada perbarisan Kawalan Kehormatan, bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

Upacara diteruskan dengan pemotongan kek sempena Hari Ulang Tahun TDDB ke 62 bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison bagi Pegawai-pegawai, manakala bagi Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah dilaksanakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Berakas Garison. Pada masa yang sama, pelancaran hukuman tetap juga dibuat bagi Hukuman Tetap Markas Medan TDDB, Hukuman Tetap Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, Hukuman Tetap