TUTONG CAMP, Monday, 04 November 2019 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) celebrated its 58th anniversary today with a parade comprising of 1,458 personnel at the Grandstand, Second Battalion Headquarters RBLF.

Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of RBLF pledged the RBLF’s undivided loyalty to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, the Minister of Defence and Supreme Commander of Royal Brunei Armed Forces.

In his speech, the Commander of RBLF emphasised on the preparedness and readiness of the RBLF and advised all RBLF personnel to remain vigilant and adapt to the increasingly challenging strategic environment. The Commander of RBLF also underscored the key achievements and notable progress that has been made by the RBLF throughout the year particularly in areas of defence diplomacy as well as at the operational level. In addition, the Commander of RBLF highlighted the RBLF’s growing mobility and firepower capabilities which serves to improve the RBLF’s operational readiness and further stressed that security, discipline and morale must be improved and maintained.

The Commander of RBLF also highlighted several upcoming events which will be hosted by RBLF in the future such as the ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) as well as the ASEAN Chief of Armies Multilateral Meeting (ACAMM) and the ASEAN Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) in 2020. The Commander of RBLF also conveyed his appreciation and thanked all members of the RBLF for their loyalty and sacrifices in carrying out their duties and hope that RBLF will continue to progress.

The ceremony continued with the prize and certificate presentation to the RBLF personnel who achieved exemplary commendations in their respective courses as well as drill competitions and concluded with the recitation of the pledge, doa and a photo session.

Various activities were also organised to commemorate the 58th RBLF anniversary including a Tahlil ceremony at the Royal Mausoleum and thanksgiving prayers.

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KE 58

 

PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 04 November 2019 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyambut Hari Ulang Tahun yang ke-58 pada hari ini dengan mengadakan perbarisan yang terdiri daripada 1,458 anggota di Padang
Grandstand Markas Batalion Kedua TDDB.

Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih dan seterusnya melafazkan ikrar ta’at setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Dalam perutusan beliau, Yang Mulia Pemerintah TDDB menekankan mengenai persekitaran strategik yang semakin mencabar dimana ianya memerlukan TDDB untuk sentiasa berwaspada dan beradaptasi demi meningkatkan kesiapsiagaan (preparedness) dan kesediaan (readiness) setiap anggota. Beliau juga menyebutkan pencapaian dan kemajuan TDDB yang telah diraih sepanjang tahun ini terutamanya dari segi diplomasi pertahanan dan dari sudut operasi. Beliau juga mengongsikan perkembangan keupayaan
mobility dan
firepower TDDB yang kian meningkat yang dirancang dibawah teras kesiapsiagaan dan keperluan operasi yang menjadi hala tuju dan focus TDDB pada tahun ini dan juga dimasa hadapan. Pemerintah TDDB juga menekankan bahawa pemantauan sekuriti, disiplin dan moral adalah fokus-fokus utama yang tetap relevan dan perlu diperbaiki dan dipertahankan oleh setiap warga TDDB.

Yang Mulia Pemerintah TDDB juga menyampaikan bahawa TDDB juga diberikan penghormatan untuk menghoskan beberapa acara seperti ASEAN
Armies Rifle Meet (AARM), Mesyuarat
ASEAN Chief of Armies Multilateral Meeting (ACAMM) dan ASEAN
Sergeant Majors Annual Meeting (ASMAM) pada tahun 2020. Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh anggota Tentera Darat diatas kesetiaan dan kejujuran serta pengorbanan dalam menjalankan tugas dan berharap TDDB akan terus berkembang maju.

Upacara diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil pujian kepada anggota- anggota TDDB yang cemerlang semasa kursus dalam/luar negeri dan dalam perlawanan kawad. Upacara seterusnya diakhiri dengan pembacaan ikrar, doa and sesi bergambar ramai.

Pelbagai aktiviti telah disusun untuk menyambut Hari Ulang Tahun TDDB termasuk Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja dan Majlis Doa Kesyukuran.