BERAKAS GARRISON, Sunday, 16th June 2024 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held Takbir Raya in conjunction with the celebration of Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque.

Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were held concurrently at all RBLF camps attended by respective Commanding Officers, Officers and personnel. At Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison, the ceremony was attended by Officers and personnel from the Field Headquarters RBLF and School of Infantry RBLF.

The event began with mass Isya’ Prayer followed by the recitation of Doa and Hari Raya Takbir led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al- Fa’izun. The ceremony then concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT AIDILADHA 1445 HIJRAH DENGAN LAUNGAN TAKBIR HARI RAYA

BERAKAS GARISON, Ahad, 16 Jun 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Takbir Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah bertempat di semua Surau dalam perkhemahan TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-baru.

Hadir bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing. Di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, acara telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Markas Medan TDDB dan Sekolah Infantri TDDB.

Acara dimulakan dengan Solat Fardhu Isya’ berjemaah diikuti dengan bacaan Doa dan laungan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al- Fa’izun. Majlis kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.