BERAKAS GARRISON, Thursday, 29 June 2023 – Muslims throughout the country today welcomed Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah with mass Hari Raya Aidiladha Prayers held at mosques and suraus nationwide including suraus at all camps of the Royal Brunei Land Force (RBLF).

Present for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF. Also present were Acting Chief of Staff RBLF, Senior Officers, Officers and RBLF personnel.

The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Hari Raya Aidiladha Prayers and sermons led and delivered by Imam Haji Md Anndy @Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun, as well as Private Abd Manan bin Othman, Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT) personnel. The ceremony concluded with Tasbih Kafarah.

Similar ceremonies were also held at all RBLF camps attended by the respective Commanding Officers, Officers and personnel.


TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT AIDILADHA DENGAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA

BERAKAS GARISON, Khamis, 29 Jun 2023 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir pada majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TDDB.

Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidiladha dan penyampaian Khutbah yang diimamkan dan disampaikan oleh Imam Haji Md Anndy @Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Faizun serta Soldadu Abd Manan bin Othman, anggota dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).  Acara kemudian diakhiri dengan Tasbih Kafarah.

Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing.