THAILAND, Monday, 20 November 2023 – Today marked the commencement of the 31st ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) 2023 with its Opening Ceremony held at the Infantry Centre, Royal Thai Army, FT. Thanarat, Hua Hin, Thailand. The event began on November 16 2023 and is scheduled to conclude on November 25, 2023.
Present at the opening ceremony was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of the Royal Brunei Land Force (RBLF) together with Deputy Commanders and representatives from other ASEAN Armies.
The ceremony began with a parade featuring shooting contingents from every ASEAN member state. General Suksan Nongbualang, the Deputy Chief of Army of the Royal Thai Army, officially opened the event, which included the symbolic handing over of flags to the heads of contingent from participating countries. The atmosphere was enhanced by a vibrant cultural performance presented by the host country.
Following the inauguration of the 31st AARM, the Deputy Commander of RBLF, alongside his counterparts from other ASEAN member states, embarked on the Novelty Shoot event. Prior to leaving the competition area, the RBLF Deputy Commander had the privilege of a meet-and-greet session with the RBLF Shooting Contingent, imparting words of encouragement and emphasizing the importance of upholding discipline and professionalism throughout the competition.
AARM is an annual event for the ASEAN Armies that aims to promote comradeship and the sharing of shooting skills, foster trust, respect, and mutual understanding.

TDDB SERTAI MAJLIS PEMBUKAAN ASEAN ARMIES RIFLE MEET KE 31 DI THAILAND
THAILAND, Isnin, 20 November 2023 – Hari ini menandakan bermulanya ASEAN Armies Rifle Meet (AARM) ke 31 dengan upacara pembukaan yang diadakan di Infantry Centre, Royal Thai Army, FT. Thanarat, Hua Hin, Thailand. Acara itu bermula pada 16 November 2023, dan dijadualkan berakhir pada 25 November 2023.
Hadir di upacara tersebut ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), pegawai-pegawai TDDB dan Kontinjen Penembak TDDB.
Hadir pada upacara pembukaan itu ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), bersama Timbalan-timbalan Pemerintah dan wakil-wakil dari Tentera Darat ASEAN yang lain.
Upacara tersebut dimulakan dengan perbarisan berjalan lalu daripada semua kontinjen dari negara-negara ASEAN. Upacara pembukan rasmi kemudian dilaksanakan oleh Jeneral Suksan Nongbualang, Timbalan Pemerintah Royal Thai Army serta penyerahan bendera kepada ketua-ketua kontinjen negara-negara yang menyertai AARM ke 31. Upacara tersebut juga turut dimeriahkan lagi dengan beberapa persembahan padang daripada penganjur kejohanan.
Setelah perasmian upacara pembukaan AARM ke 31, Timbalan Pemerintah TDDB bersama Timbalan Pemerintah negara-negara ASEAN yang lain berkesempatan mengikuti acara perlawanan Novelty Shoot. Sebelum bertolak dari kawasan kejohanan, Timbalan Pemerintah TDDB telah dijemput bagi sesi perjumpaan bersama dengan Kontinjen Penembak TDDB di mana beliau menyampaikan kata-kata semangat dan mengingatkan kontinjen untuk sentiasa menjaga disiplin serta mempamerkan tahap profesionalisme yang tinggi sepanjang tempoh kejohanan berlangsung.
AARM ialah acara tahunan untuk tentera-terntera ASEAN yang bertujuan untuk mengeratkan persahabatan dan perkongsian kemahiran menembak serta memupuk kepercayaan dan persefahaman, rasa hormat dan kerjasama yang lebih erat.