MUKIM BUKIT SAWAT, Thursday, 21 January 2021 –  In the effort to enliven Belait District mosques with religious activities, personnel from the Admin Company of Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) performed mass Maghrib and Isya prayers and the recital of Surah Yassin and Tahlil together with the villagers, Imam and Bilal of Kampong Sungai Mau Mosque. The group was led by Major Nor Mohammad Saufi@Nikmat bin Ahmad, the Officer Commanding of Admin Company 3Bn RBLF. 

The event concluded with light refreshments at Kampong Sungai Mau’s mosque lounge where 3Bn RBLF personnel had the opportunity to interact and foster relations with the villagers of Kampong Sungai Mau. This is the second religious activity that has been conducted by 3Bn RBLF and will be continued in the future, in hopes to strengthen relations with rural villagers within Belait District.

AKTIVITI KEAGAMAAN MENYEMARAKKAN LAGI MASJID KAMPONG SUNGAI MAU

MUKIM BUKIT SAWAT, Khamis, 21 Januari 2021 – Sebagai salah satu usaha untuk menyemarakkan masjid-masjid di Daerah Belait, anggota-anggota dari Kompeni Pentadbir, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah sama-sama menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Isya serta membaca Surah Yassin dan Tahlil bersama penduduk kampung serta Imam dan Bilal Masjid Kampong Sungai Mau. Rombongan diketuai oleh Mejar Nor Mohammad Saufi@Nikmat bin Ahmad, Pegawai Memerintah Kompeni Pentadbir 3Bn TDDB. 

Acara disudahi dengan menikmati jamuan ringan di ruang legar Masjid Kampong Sungai Mau yang mana anggota 3Bn TDDB berpeluang untuk meluangkan masa berinteraksi dan menjalin silaturrahim bersama penduduk Kampong Sungai Mau. Acara ini adalah kali kedua dilaksanakan oleh 3Bn TDDB dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang. Dengan adanya acara berkenaan, ianya diharap dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara anggota 3Bn TDDB bersama penduduk pedalaman di Daerah Belait.