TUTONG CAMP, Friday, 21 August 2020 – The Royal Brunei Land Force held a Regimental Dinner Night for Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, outgoing Commander of Royal Brunei Land Force at the Warrant Officer, Staff Sergeant and Sergeant’s Mess, Second Battalion, Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF).
Upon arrival, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh as the Guest of Honour was received by First Warrant Officer Selamat bin Haji Md Yassin, RBLF Sergeant Major with the Regiment Sergeant Major.
The ceremony began with a photo taking session and followed with the recitation of Doa led by Sergeant Haji Khairul Anwar bin Haji Latif from Support Battalion, RBLF. The event continued with a speech delivered by the outgoing Commander of Royal Brunei Land Force.
Before concluding the event, a presentation of mementos as a token of appreciation to the outgoing Commander Royal Brunei Land Force and the signing of parchment was held.
The Regimental Dinner Night was organised to show appreciation to the outgoing Commander of RBLF for his devotion and contribution throughout his service in the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).



MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BERSAMA PTB – PTB KANAN TDDB
PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 21 Ogos 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Makan Malam Beradat bagi Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Mantan Pemerintah TDDB bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB).
Sejurus ketibaan, Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh selaku Tetamu Kehormat disambut oleh Pegawai Waran Satu Selamat bin Haji Md Yassin, Sarjan Mejar TDDB beserta Sarjan Mejar Rejimen.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Sarjan Haji Khairul Anwar bin Haji Latif daripada Batalion Bantu, TDDB. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Mantan Pemerintah TDDB dan diikuti dengan penyampaian cenderahati daripada Pegawai Tidak Bertauliah TDDB sebagai tanda ingatan. Seterusnya majlis diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.
Majlis Makan Malam Beradat ini merupakan salah satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa, khidmat bakti serta sumbangan yang telah diberikan oleh Mantan Pemerintah TDDB di sepanjang beliau bertugas di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).