TUTONG CAMP, Friday, 18 December 2020
– Regimental dinner night was held today in conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 59th Anniversary. This significant event was successfully organised by Second Battalion of RBLF at Officers’ Mess, Tutong Camp.

Present as the guest of honour was Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also in attendance were senior officers, retiree and officers of the RBLF. Upon arrival, the guest of honour was received by Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF as Chairman of the RBLF 59th Anniversary and Major Muhammad Asmafahmi Hazmin bin Haji Muhammad Sultan, Chairman of the Regimental Dinner Night. The event commenced with a photo session and followed by recital of doa.

During the event, Commander of RBLF gave an appreciation speech in which he expressed his gratitude and thanked the retiree for their contribution throughout their service in the Royal Brunei Armed Forces and Ministry of Defence. Commander of RBLF conveyed his congratulation to posted-in and posted-out of the RBLF as well as thanked to all RBLF officer and spouse for the continuous support to develop and enhance RBLF towards excellence. He also highlighted on the historic moment behind 4th November 1961 which led to the official celebration date of the RBLF’s Anniversary. The event concluded with the guest of honour conducting the regimental band and the signing of parchment.

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 59 TAHUN

PERKHEMAHAN TUTONG, Jumaat, 18 Disember 2020 – Pada hari ini, satu majlis yang sangat signifikan bagi Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diraikan dalam suasana yang penuh dengan nilai tradisi dan adat ketenteraan iaitu Majlis Makan Malam Beradat sempena Hari Ulang Tahun TDDB yang ke 59 tahun. Majlis ini telah berjaya diungkayahkan oleh Batalion Kedua TDDB bertempat di Mes Pegawai, Perkhemahan Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir dalam sama-sama memeriahkan majlis berkenaan ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pesara Tentera dan pegawai – pegawai TDDB. Ketibaan tetamu kehormat telah disambut oleh Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB selaku Pengerusi Tertinggi HUT TDDB ke 59 Tahun dan Mejar Muhammad Asmafahmi Hazmin bin Haji Muhammad Sultan, Pengerusi Majlis Makan Malam Beradat. Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan bacaan doa.

Dalam ucapan penghargaan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB, beliau  menzahirkan rasa kesyukuran dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para jemputan khas iaitu pesara tentera di atas sumbangan yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan mereka di Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Kementerian Pertahanan. Selain itu, Pemerintah TDDB juga mengambil kesempatan berharga ini untuk mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang berpindah keluar dan baru ditugaskan di TDDB serta semua Pegawai TDDB dan pasangan mereka yang telah memberikan sokongan padu yang berterusan untuk membangun dan berjuang bersama dalam menuju ke arah kecemerlangan TDDB yang diimpikan. Beliau turut mengimbas detik bersejarah 4 November 1961 yang telah dijadikan sebagai Hari Ulang Tahun TDDB. Majlis diakhiri dengan Pemerintah TDDB dijemput untuk memimpin pancaragam dan menandatangani lembaran kenangan.