BERAKAS GARRISON, Friday, 09 June 2023 – A regimental dinner in conjunction with the change of command of the Commander Royal Brunei Land Force (RBLF) was held this evening at the Officers’ Mess, Berakas Garrison.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, former Commander RBLF. Hosting the dinner was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander RBLF together with the Deputy Commander RBLF, senior officers and officers of RBLF.

The regimental dinner commenced with a reception session, group photo, followed by the recitation of Do’a. The dinner was enlivened with the video screening of memories of the former Commander RBLF throughout his service in the Royal Brunei Armed Forces, followed by a speech and appreciation remarks delivered by the Commander RBLF and the presentation of memento to the Guest of Honour. The Commander RBLF also expressed his gratitude and appreciation to all attendees for their contribution in making the Change of Command Ceremony earlier this morning a success.

The former Commander RBLF in his farewell speech, reminded all officers and personnel to always be committed to the roles and responsibilities given, to work together as a whole through professionalism, discipline, and expertise, as well as to lean support and strength from their loved ones to maintain the mechanisms in RBLF to run smoothly. He concluded by conveying his appreciation and thanks to all officers and personnel during his tenure. The event concluded with the signing of parchment by the Guest of Honour.

MAKAN MALAM BERADAT SEMPENA UPACARA PERTUKARAN TAMPUK PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 09 Jun 2023 – Majlis Makan Malam Beradat sempena Pertukaran Tampuk Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pada malam ini bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, mantan Pemerintah TDDB. Majlis dihoskan oleh Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB bersama Timbalan Pemerintah TDDB dan pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai TDDB.

Majlis Makan Malam Beradat dimulakan dengan sesi resepsi, bergambar ramai dan bacaan doa. Majlis dimeriahkan dengan tayangan video kenangan yang mengimbas karier mantan Pemerintah TDDB selama berkhidmat di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Seterusnya ialah ucapan penghargaan yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB dan penyampaian cenderahati kepada Tetamu Kehormat. Pemerintah TDDB juga menzahirkan rasa kesyukuran dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada para jemputan yang hadir di atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan Upacara Pertukaran Tampuk Pemerintah TDDB yang dilaksanakan awal pagi tadi.

Dalam ucapan balas, mantan Pemerintah TDDB mengingatkan semua pegawai dan anggota supaya sentiasa komited dengan peranan dan tanggungjawab yang diberikan, bekerjasama secara menyeluruh dengan menyemai profesionalisme, disiplin dan kepakaran, serta menekankan kepentingan sokongan insan tersayang selaku pendorong utama dalam memastikan TDDB tetap berjalan lancar. Beliau mengakhiri ucapan dengan menyampaikan rasa penghargaan kepada semua pegawai dan anggota TDDB sepanjang tempoh perkhidmatannya. Majlis diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan oleh Tetamu Kehormat.​