BERAKAS GARRISON, Saturday, 22 August 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Regimental Dinner Night for
Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, outgoing Commander of RBLF at the Officers’ Mess Berakas Garrison.


Upon arrival, Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh as the Guest of Honour was received by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also in attendance to celebrate this event were Deputy Commander of RBLF, Chief of Staff of RBLF, Senior Officers and Officers of RBLF.


The ceremony began with a photo taking session and followed with the recitation of Doa led by Lieutenant Mohammad Zairulhafiy bin Haji Mat Zaini from First Battalion of RBLF. It continued with a speech delivered by the Commander of RBLF, a presentation of mementos from the RBLF officers as a token of appreciation and speech from the outgoing Commander of RBLF. The event concluded with the signing of parchment.


The Regimental Dinner Night was organized to give respect and appreciation to the outgoing Commander of RBLF for his devotion and contribution throughout his service in RBAF. It was also to further strengthen the relationship between RBLF Officer’s and the new RBLF Commander. 




MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BAGI

MANTAN PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS
GARISON, Sabtu, 22 Ogos 2020
 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah
mengadakan Majlis Makan Malam Beradat bagi Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri
Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Mantan
Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei bertempat di Mes Pegawai Berakas
Garison.

Sejurus ketibaan,
Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang
Haji Lampoh selaku Tetamu Kehormat telah disambut oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin
Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir bagi memeriahkan acara pada malam tersebut ialah
Timbalan Pemerintah TDDB, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan dan
Pegawai-pegawai TDDB.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai
dan diteruskan dengan bacaan Doa yang dipimpin oleh Leftenan Mohammad Zairulhafiy bin Haji Mat Zaini daripada
Batalion Pertama TDDB. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pemerintah TDDB
dan diikuti dengan penyampaian cenderahati daripada Pegawai-pegawai TDDB sebagai
tanda ingatan. Seterusnya ialah ucapan balas daripada Tetamu Kehormat dan majlis
diakhiri dengan penandatanganan lembaran kenangan.

Majlis Makan Malam Beradat ini merupakan
salah satu tanda penghormatan bagi mengenang jasa, khidmat bakti serta
sumbangan yang telah diberikan oleh Mantan Pemerintah TDDB di sepanjang beliau
bertugas di dalam ABDB. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk
mengeratkan dan memperkukuhkan lagi hubungan di antara Pegawai-pegawai TDDB dan
Pemerintah TDDB yang baru.