LUMUT CAMP, Friday, 12th December 2025 – The Regimental Dinner for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) Royal Brunei Land Forces (RBLF) Leadership Course was held at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants’ Mess, Third Battalion (3Bn) RBLF in Lumut Camp. The six-week course commenced on 10th November 2025 and is scheduled to conclude on 19th December 2025, involving a total of 80 course participants from various RBLF sub-units.
The event was attended by Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Acting Field Commander of the RBLF, along with the 3Bn RBLF Commanding Officer, officers, invited SNCOs and course participants.
The dinner commenced with a group photo and the recitation Surah Al-Fatihah led by Sergeant Muhammad Abu Bakar bin Haji Azmah, the course representative, before proceeding to dinner and a speech from the Acting Field Commander. In his speech, he expressed his hope that participants would internalise the essence of the Titah of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, delivered during the 62nd Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces in 2023, which underscored the importance of quality leadership at all levels. He further emphasised that the knowledge, skills and values acquired throughout the course should be applied effectively upon the participants’ return to their respective units. The event then continued with an interaction session with the course participants, followed by the signing of the parchment.
The Regimental Dinner forms an integral component of the regimental syllabus of the Leadership Course for SNCOs, which aims at reinforcing regimental traditions, discipline and leadership responsibilities at the SNCO level. It also emphasised effective Planning, Organising, Directing and Controlling (PODC) to ensure the orderly and dignified conduct of the Formal Mess Dinner, with strict adherence to established etiquette and customs.











MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BAGI KURSUS KEPIMPINAN PTB KANAN TDDB
PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 12 Disember 2025 – Majlis Makan Malam Beradat bagi Kursus Kepimpinan Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Batalion Ketiga (3Bn) TDDB, Perkhemahan Lumut. Kursus yang dilaksanakan selama enam minggu ini bermula pada 10 November 2025 dan dijadualkan berakhir pada 19 Disember 2025, dengan penyertaan seramai 80 orang peserta kursus daripada pelbagai sub-sub unit TDDB.
Majlis tersebut dihadiri oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Pemangku Pemerintah Medan TDDB, bersama-sama Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB, Pegawai-pegawai, PTB-PTB Kanan jemputan dan peserta kursus.
Majlis Makan Malam dimulakan dengan sesi bergambar ramai serta bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sarjan Muhammad Abu Bakar bin Haji Azmah, wakil peserta kursus, sebelum diteruskan dengan makan malam dan ucapan daripada Pemangku Pemerintah Medan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan harapan agar peserta kursus dapat menghayati intipati Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ke-62 pada tahun 2023, yang menekankan kepentingan kepimpinan berkualiti di semua peringkat. Beliau turut menegaskan agar segala ilmu, kemahiran dan nilai yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan secara berkesan apabila kembali berkhidmat di unit masing-masing. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi interaksi bersama para peserta kursus, diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan.
Majlis Makan Malam Beradat merupakan salah satu komponen penting dalam silibus rejimental Kursus Kepimpinan PTB Kanan yang bertujuan untuk memperkukuhkan tradisi rejimental, disiplin serta tanggungjawab kepimpinan di peringkat PTB Kanan. Ianya juga menekankan pelaksanaan elemen Perancangan, Penyusunan, Pengarahan dan Pengawalan bagi memastikan Majlis Makan Malam Beradat dapat dilaksanakan dengan teratur dan beristiadat, selaras dengan etika dan adat yang ditetapkan.