BERAKAS GARRISON, Monday, 26 June 2023 – A delegation comprising 22 teachers and members of Persatuan Ibu Bapa dan Guru led by Hajah Kamessah binti Haji Mohd Said, Deputy Principal of Administration from Lambak Kiri Secondary School visited Royal Brunei Land Force (RBLF) today which took place at Warrant Officers’, Staff Sergeants’ and Sergeants’ Mess Berakas Garrison.

The visit commenced with a briefing on the organisational structure, roles and responsibilities of RBLF by Major Pengiran Abdul Hadi bin Pengiran Idris, Staff Officer Grade 2 of Administration RBLF, followed by Occupational Health and Safety brief by Major Pengiran Hajah Saliza binti Pengiran Haji Ibrahim, Staff Officer Grade 2 Inspectorate RBLF.

The visit aimed to provide exposure on RBLF as well as provide an opportunity for interaction and exchange ideas especially on health and safety precaution to be taken. The visit concluded with discussion and a group photo session.

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA LAWATAN SEKOLAH MENENGAH LAMBAK KIRI​


BERAKAS GARISON, Isnin, 26 Jun 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima rombongan lawatan dari Sekolah Menengah Lambak Kiri pada hari ini bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan Berakas Garison. Seramai 22 orang yang hadir semasa lawatan dan terdiri daripada para guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang diketuai oleh Hajah Kamessah binti Haji Mohd Said, Timbalan Pengetua Pentadbiran Sekolah Menengah Lambak Kiri.

Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab TDDB yang disampaikan oleh Mejar Pengiran Abdul Hadi bin Pengiran Idris, Timbalan Pegawai Turus Pentadbiran TDDB dan diteruskan dengan taklimat Kesihatan dan Keselamatan di tempat Kerja bagi TDDB yang disampaikan oleh Mejar Pengiran Hajah Saliza binti Pengiran Haji Ibrahim, Timbalan Pegawai Turus Inspektorat TDDB.

Tujuan lawatan ialah bagi memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai TDDB secara umumnya serta memberi peluang interaksi dan saling bertukar idea mengenai tatacara kesihatan dan keselamatan yang perlu diambil kira semasa di tempat kerja. Lawatan diakhiri dengan sesi perbincangan dan bergambar ramai.