GADONG, Saturday, 27th June 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the Indo-Pacific Senior Enlisted Leaders Subject Matter Expert Exchange (IPSEL SMEE) 2026, held from 22nd to 27th June 2026 at the Rizqun International Hotel, Gadong. In attendance to represent the RBLF were First Warrant Officer Haswandi bin Haji Paun, RBLF Sergeant Major, and three Regimental Sergeant Majors from RBLF sub-units.
The IPSEL SMEE 2026 was organised by the Senior Enlisted Leadership of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in collaboration with the Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS) and the United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM). The programme has brought together senior enlisted leaders and representatives from countries across the Indo-Pacific region to strengthen defence cooperation, discuss regional security issues, and enhance professional military development among participating nations.
Throughout the programme, participants attended a series of discussions and presentations focusing on contemporary and emerging security challenges. Topics covered include regional security, cyber and maritime security, contested logistics, ethical and legal decision-making, military leadership, and the instruments of national power.
The successful organisation of IPSEL SMEE 2026 reflects the RBAF’s continued commitment to strengthening regional defence cooperation, fostering strategic partnerships with DKI APCSS, USINDOPACOM and international partners, while enhancing the professional development of military leadership towards promoting a safer, more stable and prosperous Indo-Pacific region.






TDDB MENYERTAI IPSEL SMEE 2026
GADONG, Sabtu, 27 Jun 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Indo-Pacific Senior Enlisted Leaders Subject Matter Expert Exchange (IPSEL SMEE) 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 27 Jun 2026 di Rizqun International Hotel, Gadong. Hadir bagi mewakili TDDB ialah Pegawai Waran Satu Haswandi bin Haji Paun, Sarjan Mejar TDDB, serta tiga Sarjan Mejar Rejimen daripada sub-sub unit TDDB.
Program IPSEL SMEE 2026 telah dianjurkan oleh Pemimpin Kanan Anggota Lain-Lain Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dengan kerjasama Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS) dan United States Indo-Pacific Command (USINDOPACOM). Program tersebut telah menghimpunkan pemimpin kanan anggota lain-lain peringkat serta para wakil dari negara-negara rantau Indo-Pasifik bagi memperkukuh kerjasama pertahanan, membincangkan isu-isu keselamatan serantau dan pembangunan profesional ketenteraan di antara negara-negara yang mengambil bahagian.
Disepanjang program tersebut, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan dan pembentangan yang memberi tumpuan kepada pelbagai isu keselamatan semasa dan cabaran keselamatan yang sedang berkembang. Antara topik yang diketengahkan adalah keselamatan serantau, keselamatan siber dan maritim, logistik dalam persekitaran yang dipertikaikan (contested logistics), pembuatan keputusan beretika berasaskan undang-undang, kepimpinan ketenteraan serta instrumen kuasa negara.
Kejayaan penganjuran IPSEL SMEE 2026 mencerminkan komitmen berterusan ABDB dalam memperkukuhkan kerjasama pertahanan serantau, mempereratkan hubungan strategik bersama DKI APCSS, USINDOPACOM dan rakan-rakan antarabangsa, di samping memperkasa pembangunan kepimpinan anggota tentera ke arah mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang lebih selamat, stabil dan makmur.