BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 2nd July 2026 –The Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the 22nd ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (22nd ADMM-Plus EWG on PKO) held at the Rizqun International Hotel, Gadong from 30th June to 2nd July 2026. The meeting was co-chaired by Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Md Ja’afar, representing Brunei Darussalam, and Senior Colonel Huang Xiangliang, representing the People’s Republic of China.

The 22nd ADMM-Plus EWG on PKO features a seminar with a presentation session from the guest speakers, who shared information and best practices on various topics about peacekeeping operations. During the seminar, Major Pengiran Muhamad Syahir Fadilah bin Pengiran Salleh, Officer Commanding of ‘E’ Company, First Battalion, RBLF, had the opportunity to share a topic entitled “Improving the Capability of Peacekeeping Operations”. Aside from the seminar, the Final Planning Conference (FPC) and site survey were also conducted at the Penanjong Garrison, which aimed to discuss the PKO workplan and finalise the detailed planning parameters necessary for the successful and coordinated execution of the forthcoming ADMM-Plus EWG on PKO Field Training Exercise (FTX). Both the seminar and the FPC were attended by Major Muhammad Khairul Anwar bin Haji Abd Latif, Staff Officer Grade 2 Planning (G5) from the RBLF Headquarters.

In a separate session, the 1st Women, Peace and Security (WPS) workshop was held, featuring expert presentations, interactive discussions, and scenario-based exercises. The workshop served as a platform to gather practical recommendations and operational insights that will contribute to future knowledge-sharing initiatives and the continued development of WPS efforts under the ADMM-Plus EWG on PKO. The RBLF was represented by Lieutenant Colonel Lizawati binti Haji Suhaili and Major Afifah Hasanah binti Haji Ali Hassan.

The successful conduct of the 22nd ADMM-PLUS EWG on PKO reflects the shared commitment of ADMM-Plus members to promoting comprehensive peacekeeping approaches and further strengthening regional cooperation in support of sustainable peace and security.

TDDB MENYERTAI ADMM-PLUS EWG PKO KE-22

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 2 Julai 2026 –Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus Kumpulan Kerja Pakar bagi Operasi Pengamanan ke-22 (22nd ADMM-Plus Experts Working Group on Peacekeeping Operations, EWG PKO) yang di adakan bertempat di Rizqun International Hotel, Gadong dari 30 Jun hingga 2 Julai 2026. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Md Ja’afar, mewakili Negara Brunei Darussalam, dan Senior Colonel Huang Xiangliang, mewakili Republik Rakyat China.

ADMM-Plus EWG on PKO ke-22 tersebut menampilkan satu seminar yang merangkumi sesi pembentangan oleh penceramah undangan, yang mengongsikan maklumat dan amalan terbaik mengenai pelbagai topik berkaitan operasi pengamanan. Semasa seminar tersebut, Mejar Pengiran Muhamad Syahir Fadilah bin Pengiran Salleh, Pegawai Memerintah Kompeni ‘E’, Batalion Pertama, TDDB, turut berpeluang berkongsi topik bertajuk “Meningkatkan Keupayaan Operasi Pengamanan”. Selain seminar, Persidangan Perancangan Akhir dan tinjauan ke lokasi latihan turut dilaksanakan di Penanjong Garison bagi membincangkan pelan kerja PKO serta memuktamadkan perancangan terperinci yang diperlukan untuk pelaksanaan dan penyelarasan bagi Field Training Exercise (FTX) ADMM-Plus EWG PKO yang akan datang. Kedua-dua seminar dan Persidangan Perancangan Akhir tersebut dihadiri oleh Mejar Muhammad Khairul Anwar bin Haji Abd Latif, Timbalan Pegawai Turus Perancangan (G5), Markas TDDB.

Pada sesi yang berasingan, bengkel Wanita, Keamanan dan Keselamatan (Women, Peace and Security, WPS) yang pertama turut diadakan, yang merangkumi pembentangan oleh pakar, perbincangan interaktif serta latihan berasaskan senario.  Bengkel ini menjadi platform untuk menghimpunkan cadangan praktikal dan pandangan operasi yang akan menyumbang kepada usaha perkongsian pengetahuan pada masa hadapan, disamping memperkukuhkan lagi pelaksanaan inisiatif Wanita, Keamanan dan Keselamatan di bawah ADMM-Plus EWG on PKO. TDDB telah diwakili oleh Leftenan Kolonel Lizawati binti Haji Suhaili dan Mejar Afifah Hasanah binti Haji Ali Hassan.

Kejayaan penganjuran ADMM-Plus EWG on PKO ke-22 ini mencerminkan komitmen bersama negara-negara ADMM-Plus dalam mempromosikan pendekatan operasi pengamanan yang lebih komprehensif serta memperkukuhkan kerjasama serantau ke arah menyokong keamanan dan keselamatan yang mampan.