SYDNEY, AUSTRALIA, Sunday, 8th November 2026 – Colonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services, Royal Brunei Land Forces (CMS RBLF), and Lieutenant Nur Amanina binti Ismail, Logistics Officer, RBLF Medical Services, participated in the 2026 Australasian Military Medicine Association (AMMA) Conference held from 5th to 8th November 2026 at the International Convention Centre (ICC) Sydney, Australia.
Under the theme “Shifting Tides of Military Medicine: Geopolitics, Interoperability and Resilience,” the conference brought together military medical professionals, healthcare practitioners, researchers and defense representatives from 12 countries to exchange knowledge and experiences on developments in military medicine. Key areas of discussion included force health protection, trauma management, mental health and the application of emerging technologies in military healthcare.
The conference emphasised the importance of adapting military medical capabilities to evolving global security challenges, particularly in enhancing preparedness, collaboration and long-term sustainability. It also provided a platform for professional engagement and knowledge exchange, contributing towards strengthening the capabilities and operational readiness of RBLF Medical Services.







TDDB SERTAI PERSIDANGAN AUSTRALASIAN MILITARY MEDICINE ASSOCIATION (AMMA) 2026
SYDNEY, AUSTRALIA, Ahad, 8 November 2026 – Kolonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), dan Leftenan Nur Amanina binti Ismail, Pegawai Logistik, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, telah menyertai Persidangan Australasian Military Medicine Association (AMMA) 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 8 November 2026 di International Convention Centre (ICC) Sydney, Australia.
Bertemakan “Shifting Tides of Military Medicine: Geopolitics, Interoperability and Resilience,” persidangan tersebut menghimpunkan para profesional perubatan tentera, pengamal perubatan, penyelidik dan wakil pertahanan lebih daripada 12 negara bagi berkongsi pengetahuan serta pengalaman mengenai perkembangan dalam bidang perubatan ketenteraan. Antara bidang perbincangan utama termasuk perlindungan kesihatan anggota tentera, pengurusan trauma, kesihatan mental serta penggunaan teknologi baharu dalam perkhidmatan perubatan ketenteraan.
Persidangan tersebut menekankan kepentingan penyesuaian keupayaan perubatan tentera terhadap cabaran keselamatan global yang semakin berkembang, khususnya dalam meningkatkan kesiapsiagaan, kerjasama dan kemampanan jangka panjang. Persidangan ini turut menjadi platform bagi memperkukuhkan jaringan profesional dan perkongsian pengetahuan ke arah meningkatkan keupayaan serta kesiapsiagaan operasi Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB.