JERUDONG, Friday, 28th August 2026 – Two officers from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the Brunei Darussalam National One Health Joint Plan of Action Workshop, held from 26 to 28 August 2026 at EVYD Tech Campus, Jerudong. Representing the Ministry of Defence were Major Md Khairi Haji Abd Latif from the Second Squadron, Engineer Regiment, RBLF and Lieutenant Dr Wan Nurul Naszeerah Md Zainal Abidin Ariff, Defence Health Unit Officer, Medical Services, RBLF. The three-day workshop brought together representatives from government ministries and agencies, academia, as well as regional and international One Health partners.

The workshop was organised by the Ministry of Health in collaboration with the One Health Quadripartite, comprising the World Health Organization (WHO), World Organisation for Animal Health (WOAH), Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) and United Nations Environment Programme (UNEP). It aimed to support the development of Brunei Darussalam’s National One Health Joint Plan of Action, aligned with the Quadripartite One Health Joint Plan of Action and its Implementation Guide.

During the workshop, participants reviewed Brunei Darussalam’s One Health stocktaking, including stakeholder mapping, existing coordination mechanisms and SWOT analysis. Participants also reviewed the proposed national vision, mission and strategic pillars, and developed strategic actions aligned with the six tracks under the Quadripartite One Health Joint Plan of Action.

The workshop concluded with discussions on the next steps towards drafting, validating and finalising the national plan. RBLF’s participation contributed to strengthening inter-agency cooperation in areas relevant to defence health, including health security, preparedness for zoonotic and vector-borne diseases, environmental health and disaster preparedness.

TDDB SERTAI BENGKEL NATIONAL ONE HEALTH JOINT PLAN OF ACTION

JERUDONG, Jumaat, 28 Ogos 2026 – Dua pegawai daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Brunei Darussalam National One Health Joint Plan of Action Workshop yang berlangsung dari 26 hingga 28 Ogos 2026 di EVYD Tech Campus, Jerudong. Kementerian Pertahanan telah diwakili oleh Mejar Md Khairi Haji Abd Latif dari Skuadron Kedua, Rejimen Jurutera, TDDB dan Leftenan Dr Wan Nurul Naszeerah Md Zainal Abidin Ariff, Pegawai Unit Kesihatan Pertahanan, Khidmat Perubatan, TDDB. Bengkel selama tiga hari tersebut turut menghimpunkan wakil daripada kementerian dan agensi kerajaan, institusi akademik serta rakan One Health serantau dan antarabangsa.

Bengkel tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama One Health Quadripartite yang terdiri daripada World Health Organization (WHO), World Organisation for Animal Health (WOAH), Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO) dan United Nations Environment Programme (UNEP). Bengkel ini bertujuan untuk menyokong pembangunan Brunei Darussalam National One Health Joint Plan of Action yang selaras dengan Quadripartite One Health Joint Plan of Action serta Implementation Guide.

Sepanjang bengkel, para peserta telah meneliti penilaian status semasa One Health di Negara Brunei Darussalam, termasuk pemetaan pihak berkepentingan, mekanisme penyelarasan sedia ada dan analisis SWOT. Para peserta turut meneliti cadangan visi, misi dan teras strategik One Health negara serta membangunkan tindakan strategik yang selaras dengan enam bidang tindakan di bawah Quadripartite One Health Joint Plan of Action.

Bengkel tersebut diakhiri dengan perbincangan mengenai langkah seterusnya ke arah penyediaan, pengesahan dan pemuktamadan pelan tindakan kebangsaan berkenaan. Penyertaan TDDB turut menyumbang kepada pengukuhan kerjasama antara agensi dalam bidang berkaitan kesihatan pertahanan, termasuk keselamatan kesihatan, kesiapsiagaan menghadapi penyakit zoonotik dan bawaan vektor, kesihatan persekitaran serta kesiapsiagaan bencana.