BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 13th October 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the After-Action Review (AAR) session for the National Disaster Exercise 2026 (LBK-26) Series 1 and 2, organised by the National Disaster Management Centre (NDMC) in collaboration with the Fire and Rescue Department, Ministry of Home Affairs. Representing the RBLF were Lieutenant Colonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi and Lieutenant Colonel Mohammad Sufrien bin Johan. Also present was Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Coordinating Minister for Social Policies and Human Capital and Minister of Home Affairs to observe the presentation of the AAR findings.

The session focused on evaluating the exercise outcomes, identifying lessons learned and recommending measures to enhance inter-agency coordination and national disaster preparedness.

The RBLF’s participation reaffirmed its continued commitment to supporting the Whole-of-Nation approach in strengthening Brunei Darussalam’s disaster preparedness and resilience.

TDDB SERTAI AFTER-ACTION REVIEW LATIHAN BENCANA KEBANGSAAN 2026

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Oktober 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai sesi After-Action Review (AAR) bagi Latihan Bencana Kebangsaan 2026 (LBK-26) Siri 1 dan 2 yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. TDDB telah diwakili oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Alimin bin Haji Subohi dan Leftenan Kolonel Mohammad Sufrien bin Johan. Ikut hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyaksikan pembentangan rumusan AAR.

Sesi berkenaan memfokuskan kepada penilaian hasil latihan, mengenal pasti pengajaran yang diperoleh serta mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan bagi memperkukuh penyelarasan antara agensi dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana.

Penyertaan TDDB ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mendukung pendekatan Whole-of-Nation bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan daya tahan Negara Brunei Darussalam dalam menghadapi bencana.