BANDAR SERI BEGAWAN, Tuesday, 25th August 2026 – A total of 152 officers and personnel from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) joined His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, for the mass gathering and procession in recognition to commemorate the Prophet Muhammad’s (PBUH) birth with the main event held at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. 

Meanwhile, a total of 678 RBLF officers and personnel participated in mass gatherings held in the other three districts, further underscoring the nationwide commemoration. The celebration commenced with the recitation of Dikir Marhaban, Sayyidul Istighfar, and Selawat, followed by a parade procession throughout the capital. This year’s theme, ‘Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’, emphasises Prophet Muhammad (PBUH) as a guiding light that illuminates the path of truth and strengthens our faith (aqidah) as Muslims.

TDDB SERTAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Ogos 2026 – Seramai 152 pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam perhimpunan dan perarakan bersempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam dengan tumpuan utama diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Sementara itu, seramai 678 pegawai dan anggota TDDB turut serta dalam perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di ketiga-tiga daerah yang lain, sekali gus memeriahkan lagi sambutan peringkat negara. Majlis dimulakan dengan Dikir MarhabanSayyidul Istighfar dan Selawat, diikuti dengan perarakan mengelilingi ibu negara. Sambutan tahun ini membawa tema Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Suluh Aqidah’, yang menekankan peranan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sebagai suluhan yang menerangi jalan kebenaran dan memperkukuhkan aqidah kita sebagai umat Islam.