BANTEN, REPUBLIC OF INDONESIA, Friday, 25th September 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) concluded its participation in the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) Combined Field Training Exercise Trident Resolve (XTR) 2026, held from 20th to 26th  September 2026 in Banten, Republic of Indonesia. RBLF participation comprised personnel from the Engineer Regiment RBLF (ER RBLF) and Medical and Health Services RBLF, alongside personnel from Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF).

XTR 2026 integrated three ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWG), namely Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Military Medicine (MM) and Cyber Security (CS), involving approximately 2,200 participants from 19 ADMM-Plus countries.

For the HADR component, ER RBLF was represented by a six-member team led by Major Muhamad Syuaib bin Haji Meraj, Officer Commanding First Field Squadron, ER RBLF. At Site 3 in Paku Anyer, Banten, ER RBLF personnel worked alongside personnel from Lao PDR, Myanmar and Indonesia on community infrastructure projects, including the construction of a clinic and road repair works.

Meanwhile, Medical and Health Services RBLF was represented by two officers, Major Dr Siti Nur’raheemah binti PDM Haji Musa and Lieutenant Dayang Najeebah ‘Azimah binti Dr Awang Zainal Ariffin, together with four personnel. Their participation included a casualty management exercise involving Underwater Search and Rescue (USAR) and the transfer of casualties to a Level II Marine Field Hospital, aimed at enhancing interoperability among multinational MM teams.

As part of the 2nd Project-based Community Medical Development (PCMD)/Medical Assistance Programme (MAP), Medical and Health Services RBLF also contributed three First Aid Boxes, 600 dental hygiene kits and liquid hand soap to the local community at Pos Pelayanan Terpadu Cendrawasih and Sekolah Pendidikan Anak Usia Dini Cendrawasih. Additionally, 40 teachers from Sekolah Dasar Negeri Belumbang participated in Basic Life Support and Choking Management training conducted by Medical and Health Services RBLF, supported by medical personnel from the Singapore Armed Forces (SAF) and Timor-Leste Defence Force.

The exercise officially commenced on 22nd September 2026 by Lieutenant General TNI Rui F.G.P. Duarte, Inspector General of the Ministry of Defence of the Republic of Indonesia. The HADR community assistance activities concluded with a handover ceremony at Anyer Village on 24th September 2026, while the HADR EWG Closing Ceremony was held on 25th September 2026.

Participation in XTR 2026 enhanced RBLF personnel’s professional knowledge, interoperability and practical experience in multinational HADR and military medicine operations, while strengthening cooperation and mutual understanding among participating countries.

TDDB SERTAI EKSESAIS ADMM-PLUS TRIDENT RESOLVE 2026

BANTEN, REPUBLIK INDONESIA, Jumaat, 25 September 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menamatkan penyertaan dalam Eksesais Medan Gabungan ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus (ADMM-Plus) Combined Field Training Exercise Trident Resolve (XTR) 2026 yang dilaksanakan dari 20 hingga 26 September 2026 di Banten, Republik Indonesia. Penyertaan TDDB melibatkan anggota Rejimen Jurutera TDDB (RJ TDDB) dan Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, bersama anggota Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB).

XTR 2026 menggabungkan tiga ADMM-Plus Experts’ Working Groups (EWG), iaitu Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Military Medicine (MM) dan Cyber Security (CS), melibatkan kira-kira 2,200 peserta dari 19 negara ADMM-Plus.

Bagi komponen HADR, RJ TDDB diwakili oleh enam anggota yang diketuai oleh Mejar Muhamad Syuaib bin Haji Meraj, Pegawai Memerintah Skuadron Pertama Medan, RJ TDDB. Di Tapak 3, Paku Anyer, Banten, anggota RJ TDDB bekerjasama dengan anggota dari Lao PDR, Myanmar dan Indonesia dalam projek infrastruktur kemasyarakatan, termasuk pembinaan sebuah klinik dan kerja-kerja pembaikan jalan.

Sementara itu, Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB diwakili oleh dua pegawai, Mejar Dr Siti Nur’raheemah binti PDM Haji Musa dan Leftenan Dayang Najeebah ‘Azimah binti Dr Awang Zainal Ariffin, bersama empat anggota. Penglibatan mereka termasuk latihan pengurusan mangsa melibatkan Underwater Search and Rescue (USAR) dan pemindahan mangsa ke Level II Marine Field Hospital bagi meningkatkan interoperabiliti antara pasukan MM multinasional.

Sebagai sebahagian daripada 2nd Project-based Community Medical Development (PCMD)/Medical Assistance Programme (MAP), Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB turut menyumbangkan tiga First Aid Boxes, 600 kit kebersihan pergigian dan sabun tangan cecair kepada masyarakat setempat di Pos Pelayanan Terpadu Cendrawasih dan Sekolah Pendidikan Anak Usia Dini Cendrawasih. Seramai 40 guru dari Sekolah Dasar Negeri Belumbang turut mengikuti latihan Basic Life Support dan Choking Management yang dikendalikan oleh Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dengan sokongan anggota perubatan Singapore Armed Forces (SAF) dan Timor-Leste Defence Force.

Eksesais tersebut telah dibuka secara rasmi pada 22 September 2026 oleh Leftenan Jeneral TNI Rui F.G.P. Duarte, Inspektor Jeneral Kementerian Pertahanan Republik Indonesia. Aktiviti bantuan kemasyarakatan HADR diakhiri dengan Majlis Penyerahan di Kampung Anyer pada 24 September 2026, manakala Majlis Penutupan EWG HADR telah diadakan pada 25 September 2026.

Penyertaan dalam XTR 2026 telah meningkatkan pengetahuan profesional, interoperabiliti dan pengalaman praktikal anggota TDDB dalam operasi HADR dan perubatan ketenteraan secara multinasional, di samping memperkukuhkan kerjasama dan persefahaman antara negara-negara peserta.