BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 15th July 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) participated in the Grand Parade in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 80th Birthday Celebration, held at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
His Majesty was joined by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, Minister at the Prime Minister’s Office, His Royal Highness 920 Lieutenant Colonel (U) Prince ‘Abdul Mateen, Minister of Foreign Affairs, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.
His Majesty’s arrival at the Royal Dais was greeted with the Royal Salute, followed by the National Anthem and a customary 21-gun salute in honour of His Majesty’s birthday. His Majesty then consented to inspect the Guard of Honour, comprising a total of 1141 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), and members of uniformed government departments and associations. The Grand Parade was commanded by Lieutenant Colonel Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of the Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), and showcased both RBAF and RBPF personnel performing slow and quick march passes. A total of 110 personnel from the RBLF partook in the Grand Parade, including the Royals and Regimental Colours’ bearers by Lieutenant Muhammad Zaimirul bin Haji Zaini, Lieutenant Shaikh Muhammad Raimi Qusyairi bin Shaikh Mahmud and Lieutenant Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin from the 2Bn RBLF. The first and second RBLF contingents were led by Major Amzar Muaz bin Tamit from the 2Bn RBLF and Captain Mohammad Shakri bin Sahri from the Combat Service Support RBLF, respectively.
At its closing, the salutations of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” were then cheered out three times by the parade contingents, followed by the Royal Salute, the National Anthem and a fly-past from the Royal Brunei Air Force (RBAirF).








TDDB SERTAI ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Istiadat Barisan Kehormatan sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Berangkat sama bagi menyaksikan perbarisan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Leftenan Kolonel (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan serta tembakan meriam sebanyak 21 das sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 1141 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan jabatan-jabatan serta persatuan-persatuan berseragam. Istiadat Barisan Kehormatan mempamerkan barisan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh anggota-anggota ABDB dan PPDB di bawah pimpinan Ketua Perbarisan iaitu Leftenan Kolonel Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB). Seramai 110 anggota TDDB telah mengambil bahagian dalam Istiadat Barisan Kehormatan tersebut termasuk rombongan Panji-Panji Diraja dan Panji-Panji Pasukan yang dibawa oleh Leftenan Muhammad Zaimirul bin Haji Zaini, Leftenan Shaikh Muhammad Raimi Qusyairi bin Shaikh Mahmud serta Leftenan Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin dari 2Bn TDDB. Kontinjen pertama dan kedua masing-masing diketuai oleh Mejar Amzar Muaz bin Tamit dari 2Bn TDDB dan Kapten Mohammad Shakri bin Sahri daripada Khidmat Bantuan Kombat TDDB.
Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan sebanyak tiga kali “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” oleh kontinjen perbarisan, diikuti dengan Tabik Hormat Diraja, Lagu Kebangsaan serta terbang lalu dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).