SINGAPORE, Thursday, 02 November 2023Major Mohamad Safizan bin Ahmad, Second-in-Command of Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) participated in the Exercise Coordinated Response (Ex COORES) which was held at the Changi Command and Control Centre (CC2C), Changi Naval Base from 30 October 2023 until 2 November 2023.

The exercise is a biennal multinational Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) Table-Top Exercise (TTX) that was co-organised by the Disaster Management Committee, Ministry of National Defence, Lao People’s Democratic Republic, Singapore Armed Forces (SAF) Changi Regional HADR Coordination Centre (Changi RHCC) and United States Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM). The exercise involved 180 personnel from 26 militaries and 25 civilian organisations. 

The exercise aims to strengthen cooperation for HADR operations, establish civil-military linkages and enhance mutual understanding and interoperability. This important milestone signified the commitment by both agencies to continue collaborating on disaster management activities and capacity building initiatives. The entries for this exercise were under the Joint Forces Headquarters.

PEGAWAI TDDB MENYERTAI EKSESAIS COORDINATED RESPONSE TABLE – TOP EXERCISE 2023

SINGAPURA, Khamis, 02 November 2023 – Mejar Mohamad Safizan bin Ahmad, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah menyertai dalam Exercise Coordinated Response (Ex COORES) yang diadakan di Changi Command and Control Centre (CC2C), Pangkalan Tentera Laut Changi bermula 30 Oktober 2023 hingga 2 November 2023.

Latihan tersebut merupakan Table – Top Exercise (TTX) Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) yang diadakan setiap dua tahun anjuran bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Kementerian Pertahanan Republik Demokratik Rakyat Lao, Angkatan Bersenjata Republik Singapura, Pusat Penyelarasan HADR Serantau Changi dan Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM), Amerika Syarikat. Latihan tersebut melibatkan 180 anggota dari 26 angkatan tentera dan 25 buah organisasi awam.

Latihan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama untuk operasi HADR, mengeratkan hubungan orang awam dan tentera, di samping meningkatkan persefahaman dan interoperabiliti bagi semua yang terlibat. Latihan ini juga menjadi  lambang pencapaian penting sebagai tanda komitmen kedua – dua agensi untuk terus bekerjasama dalam aktiviti pengurusan bencana dan inisiatif pembinaan kapasiti. Penyertaan eksesais ini adalah di bawah Markas Angkatan Bersama