GUAM, Friday, 27 September 2025 – Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Commanding Officer of the Engineer Regiment, Royal Brunei Land Forces (RBLF), along with two officers from the Royal Brunei Air Force and the Directorate of Development and Work Services, had attended the Indo-Pacific Unity Allies and Partners Engineer Summit 2025 (IPU APES 2025) from 22nd to 26th September 2025 in Guam.
The summit, centred on ’ Airfield Damage Repair, ‘ tackles major issues related to infrastructure resilience and operational support throughout the Indo-Pacific. Attendees participated in discussions and networking events to exchange innovative ideas and share best practices in military engineering. The IPU APES 2025 brought together military engineers, planners, and technical experts from 15 allied and partner nations. This collaborative platform allowed participating nations to enhance their technical expertise, bolster engineering skills, and promote regional cooperation to support security and stability in the Indo-Pacific.




PEGAWAI TDDB MENGHADIRI IPU APES 2025
GUAM, Jumaat, 27 September 2025 – Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali, Pegawai Pemerintah Rejimen Jurutera Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama dua pegawai dari Tentera Udara Diraja Brunei dan Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, telah menghadiri Indo-Pacific Unity Allies and Partners Engineer Summit 2025 (IPU APES 2025) dari 22 hingga 26 September 2025 bertempat di Guam.
Sidang kemuncak tersebut menumpukan kepada “Airfield Damage Repair’, dan mengetengahkan dalam menangani isu-isu utama yang berkaitan dengan daya tahan infrastruktur dan sokongan operasi di rantau Indo-Pasifik. Para peserta turut mengambil bahagian dalam perbincangan dan jalinan kerjasama untuk bertukar-tukar pandangan inovatif dan berkongsi amalan terbaik dalam kejuruteraan ketenteraan. IPU APES 2025 menghimpunkan jurutera tentera, perancang dan pakar teknikal daripada 15 negara bersekutu dan rakan kongsi. Platform kerjasama ini membolehkan negara yang mengambil bahagian meningkatkan kepakaran teknikal, kemahiran kejuruteraan dan menggalakkan kerjasama serantau ke arah menyokong keselamatan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik.