BERAKAS GARRISON, Wednesday, 23 December 2020 – The Finance Department of Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) conducted its first roadshow to promote a savings fund program known as Project Tabung Korban Aidiladha (PTKA), in the effort to increase the awareness and participation of RBLF personnel for Ibadah Korban. The roadshow was conducted in collaboration with the Pay Office from First Battalion RBLF and Combat Service Support RBLF held at the Cookhouse Hall,1Bn RBLF, Berakas Garrison. A total of 280 attendees for the roadshow comprised of officers and personnel from RBLF HQ, 1Bn RBLF and CSS RBLF personnel.
Project Tabung Korban Aidiladha was officially launched by Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF during the 59th RBLF’s anniversary celebration this year. The aim of this project is to provide a flexible payment savings platform for RBLF personnel who wish to participate in Ibadah Korban. With up to a five year installment plan and cash payment method, the project also offers payment by Salary Direct Debit for the convenience of the participants.
The highlights from the roadshow held in Berakas Garrison started off with a briefing presented by Captain Nur Amieza binti Omar Ali on PTKA saving plan followed by Major Pg Muhd Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali delivering on the importance of Ibadah Korban. In addition to this, the Pay Office from respective units had set up a registration booth for personnel interested to participate in the project. Currently, the project has successfully enrolled up to 20 participants consisting of RBLF officers and personnel.
TDDB LANCAR JERAYAWARA PROJEK TABUNG KORBAN AIDILADHA
BERAKAS GARISON, Rabu, 23 Disember 2020 – Pejabat Kewangan Markas Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan jerayawara pertama untuk mempromosikan program dana simpanan yang dikenali sebagai Projek Tabung Korban Aidiladha (PTKA) sebagai usaha dalam meningkatkan kesedaran dan penyertaan anggota TDDB bagi Ibadah Korban. Jerayawara ini diadakan dengan kerjasama daripada Pejabat Gaji dari Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) dan Pejabat Gaji Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB) bertempat di Dewan Rumah Masak, 1Bn TDDB, Berakas Garison. Seramai 280 yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota Markas TDDB, 1Bn TDDB dan KBK TDDB hadir semasa jerayawara tersebut.
Projek Tabung Korban Aidiladha telah pun dilancarkan dengan rasminya oleh Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB semasa Sambutan Hari Ulang Tahun TDDB yang ke-59 pada tahun ini. Tujuan projek ini adalah untuk menyediakan landasan bagi simpanan pembayaran yang fleksibel untuk pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB yang berhasrat untuk menyertai Ibadah Korban. Dengan rancangan ansuran sehingga lima tahun, selain daripada bayaran simpanan secara tunai, projek ini juga menawarkan pembayaran melalui pemotongan gaji secara Direct Debit untuk kemudahan para peserta.
Jerayawara yang diadakan di Berakas Garison telah dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Kapten Nur Amieza binti Omar Ali mengenai rancangan penyimpanan wang PTKA dan diteruskan pembentangan oleh Mejar Pg Muhd Khairuddin bin Pg Hj Mohd Tali menyampaikan mengenai kepentingan Ibadah Korban. Sebagai tambahan, Pejabat Gaji dari unit masing-masing juga menyediakan ruang pendaftaran untuk anggota-anggota yang berminat untuk menyertai projek tersebut. Pada masa ini, projek PTKA telah berjaya mendaftarkan 20 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.