BERAKAS GARRISON, Tuesday, 14th July 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Doa Kesyukuran ceremony in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 80th birthday celebration. The ceremony was held simultaneously at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque.
The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Mulk, followed by the congregational Fardhu Maghrib prayer and Sunat Hajat prayer. The programme then continued with the recitation of Surah Yassin, Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, and concluded with mass Fardhu Isya’ prayer. The Doa Kesyukuran ceremony is held annually at mosques, suraus and religious halls throughout the country to seek Allah Subhanahu Wa Ta’ala’s blessings for His Majesty’s well-being and to continue reigning over Brunei Darussalam with wisdom and prosperity.







TDDB ADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-80
BERAKAS GARISON, Selasa, 14 Julai 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80. Majlis tersebut telah diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mulk diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan disusuli dengan Sembahyang Sunat Hajat. Program kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Doa Kesyukuran, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, dan diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah. Majlis Doa Kesyukuran ini diadakan pada setiap tahun di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara bagi memohon keberkatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia dikurniakan kesejahteraan dan kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh kebijaksanaan dan kemakmuran.