BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 17 May 2023 – In commemoration of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary, The Royal Brunei Land Force (RBLF) held Yassin and Tahlil at the Royal Mausoleum today for the Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Present at the event was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of RBLF, Deputy Commander RBLF, Senior officers, officers and RBLF personnel.

The event commenced with the mass recitation of Surah Yassin and Tahlil, and concluded with the recital of doa led by Lieutenant Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip from the Royal Brunei Armed Forces, Religious Directorate.

TDDB ADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN ABDB KE 62

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei 2023 – Sempena memperingati ulang tahun ke 62 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pada hari ini telah menziarahi dan mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Hadir pada majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB, Timbalan Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil secara beramai-ramai, dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip dari Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).