BERAKAS GARRISON, Friday, 04th September 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held Kuliah Subuh as part of the Ministry of Defence’s annual activities in conjunction with the Maulidur Rasul 1448H. The event was conducted at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison. In attendance was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.

The ceremony commenced with the Fardhu Subuh mass prayer, followed by Tadarus Al-Quran and the recitation of Asmaul Husna. The programme continued with a Kuliah Subuh titled ‘Rasulullah SAW Suluh Akidah’, delivered by Ustaz Muhammad Abdusalam bin Haji Jahari, Religious Teacher from Royal Brunei Armed Forces’ Religious Directorate, followed by the Sunat Ishraq prayer, Selawat Tafrijiyyah and Selawat Badriyyah. The ceremony concluded with the Sunat Dhuha prayer, the Prayer for the Protection for His Majesty the Sultan and Brunei Darussalam, Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah and Doa Kedua Ibu Bapa.

TDDB ADAKAN KULIAH SUBUH SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H

BERAKAS GARISON, Jumaat, 04 September 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Kuliah Subuh sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan Kementerian Pertahanan sempena Maulidur Rasul 1448H. Acara diadakan di semua Surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama berlangsung di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison. Hadir di acara tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB serta Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah, diikuti dengan Tadarus Al-Quran dan bacaan Asmaul Husna. Aturcara kemudiannya diteruskan dengan Kuliah Subuh bertajuk ‘Rasulullah SAW Suluh Akidah’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdusalam bin Haji Jahari, Guru Ugama Terlatih daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, diikuti dengan Sembahyang Sunat Ishraq, Selawat Tafrijiyyah dan Selawat Badriyyah. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha, Doa Memohon Perlindungan bagi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa Kedua Ibu Bapa.