BERAKAS GARRISON, Thursday, 14 July 2021 – Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran Ceremony at all RBLF camps in conjunction with the 76th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. 

Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander RBLF. Also present were Senior Officers, Officers, and personnel of Berakas Garrison. Similar ceremonies were held simultaneously at all RBLF camps and Pulau Baru-Baru Mosque, which were attended by respective Commanding Officers, Officers and personnel 

The event began with the recitation of Surah Al-Mulk verses 1 to 11 read by Private Mohd Afiq Fakhruddin bin Haji Mohd Hazwan followed by the congregational Maghrib Prayer and Sunat Hajat which was led by Imam Hj Mohd Anndy Bin Saile, Imam of Surau Al-Fa’izun. The event continued with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil followed by Doa Kesyukuran and Doa Peliharakan Sultan. The event concluded after the completion of congregational Isya’ Prayer.

TDDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-76

BERAKAS GARISON, Khamis, 14 Julai 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di semua perkhemahan TDDB sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-76 tahun. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan anggota-anggota yang bertugas di Berakas Garison. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dan di Masjid Pulau Baru-Baru yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 oleh Soldadu Mohd Afiq Fakhruddin bin Haji Mohd Hazwan diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Hj Mohd Anndy Bin Saile, Imam Surau Al-Fa’izun. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil diikuti dengan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.