BERAKAS GARRISON, Friday, 9 May 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Football and Tug of War Championship 2025 were held simultaneously at the Mini Stadium, Berakas Garrison. The activities, which ran from 28 April to 9 May 2025 featured six teams namely the First Battalion, Second Battalion, Third Battalion, Combat Service Support (CSS), Combined Team 1 consisting of the RBLF Headquarters, Medical Services, Dental Services and Royal Guards Regiment, and Combined Team 2 comprising of Field Headquarters, Engineer Regiment, Armour Recce Regiment and Combat Boat Squadron. In attendance to present the trophies and prizes was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander RBLF.
The Combined Team 1 won the Football Championship with 3-0 victory over Third Battalion, and the CSS emerged as champion against the Combined Team 2 in the Tug of War. Meanwhile, the Best Player was awarded to Sergeant Suhaimi bin Md Yussof, and the Top Scorer Award went to Lance Corporal Nurul Hadi bin Yusof, both from the Combined Team 1. The Football and Tug of War Championships are annual activities aimed at promoting sportsmanship and fostering camaraderie among the RBLF personnel.



KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN TARIK KALAT PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TAHUN 2025
BERAKAS GARISON, Jumaat, 9 Mei 2025 – Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Kalat Peringkat Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bagi tahun 2025 telah diadakan secara serentak bertempat di Mini Stadium, Berakas Garison. Aktiviti yang berlangsung dari 28 April hingga 9 Mei 2025 tersebut disertai oleh enam pasukan iaitu pasukan daripada Batalion Pertama, Batalion Kedua, Batalion Ketiga, Khidmat Bantuan Kombat (KBK), Pasukan Gabungan 1 yang terdiri daripada Markas TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Pergigian serta Rejimen Pengawal Diraja, dan Pasukan Gabungan 2 iaitu Markas Medan, Rejimen Jurutera, Skuadron Kereta Perisai Peninjau dan Skuadron Bot Tempur. Hadir bagi menyampaikan hadiah dan trofi ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB.
Pasukan Gabungan 1 telah memenangi Kejohanan Bola Sepak dengan kemenangan 3-0 ke atas Batalion Ketiga, dan KBK muncul sebagai juara menentang Pasukan Gabungan 2 dalam Kejohanan Tarik Kalat. Manakala, Pemain Terbaik disandang oleh Sarjan Suhaimi bin Md Yussof, dan Penjaring Terbanyak dimenangi oleh Lans Koperal Nurul Hadi bin Yusof, kedua-duanya dari Pasukan Gabungan 1. Kejohanan Bola Sepak dan Tarik Kalat ini merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan setiakawan di kalangan warga TDDB.