FORT SHAFTER, HAWAII, Monday, 20 October 2025 - The Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the United States Army Pacific (USARPAC) held the third Land Force Talks (3rd LFT) and Exercise PAHLAWAN WARRIOR 2026 (PW26) Concept Development Conference (CDC), hosted for the first time by USARPAC from 20th to 21st  October 2025 at Fort Shafter in Hawaii. The sessions were co-chaired by Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, the RBLF Chief of Staff, with Lieutenant Colonel Travis Walter, the Southeast Asia Branch Chief, USARPAC.

The LFT commenced with opening remarks by both co-chairmen, followed by a discussion on various aspects of activities and programs between both armies for the year 2026. The session then continued with Exercise PW26 brief from Mr Trent Bruyere, USARPAC G37 as the Exercise Planner, and an in-brief by Colonel Michael A. Scanlon, Oklahoma Army National Guard G3, outlining the Army’s organisational structure and its objectives for the upcoming training exercise. Meanwhile, the RBLF delegation presented the PW26 concept, which centres on enhancing interoperability, shared understanding of Tactics, Techniques and Procedures (TTPs), and strengthening professional relationships through cross-training, integrated field exercises, and cultural exchange. Both sides also reviewed the Terms of Reference (TOR), inclusive of bilateral exercises, training courses, exchange visits, and working group meetings. The session concluded with the signing of the Minute of Meeting between both co-chairmen.

The RBLF-USARPAC LFT and CDC serve as an important platform to strengthen the bilateral relationships and further explore mutually beneficial areas, while fostering professional development and networking. The next phase of the PW26 is the Initial Planning Conference (IPC), scheduled in February 2026, to be hosted by the RBLF.

TDDB TINGKATKAN HUBUNGAN DENGAN USARPAC

FORT SHAFTER, HAWAII, Isnin, 20 Oktober 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Pasifik Amerika Syarikat (United States Army Pacific, USARPAC) telah mengadakan Mesyuarat Land Force Talks (LFT) ke-3 dan Persidangan Pembangunan Konsep (Concept Development Conference, CDC) bagi Eksesais PAHLAWAN WARRIOR 2026 (PW26) yang dikendalikan buat pertama kalinya oleh USARPAC dari 20 hingga 21 Oktober 2025 di Fort Shafter di Hawaii. Sesi tersebut dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB, dengan Leftenan Kolonel Travis Walter, Ketua Cawangan Asia Tenggara, USARPAC.

LFT dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh kedua-dua pengerusi bersama, diikuti dengan perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti dan program antara kedua-dua tentera bagi tahun 2026. Sesi kemudiannya diteruskan dengan taklimat Eksesais PW26 daripada Trent Bruyere, USARPAC G37 selaku Perancang Eksesais, dan disusuli dengan taklimat ringkas oleh Kolonel Michael A. Scanlon, Oklahoma Army National Guard G3, mengenai struktur organisasi Oklahoma Army National Guard dan objektif untuk eksesais akan datang.

Sementara itu, delegasi TDDB telah menyampaikan konsep PW26, yang tertumpu kepada peningkatan kesalingoperasian, perkongsian kefahaman Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP), serta mengukuhkan hubungan profesional melalui latihan, eksesais  lapangan, dan pertukaran budaya. Kedua-dua pihak juga turut menyemak semula Terma Rujukan (TOR), termasuk latihan dua hala, kursus, lawatan pertukaran, dan mesyuarat kumpulan kerja. Sesi diakhiri dengan menandatangani Minit Mesyuarat antara kedua-dua pengerusi bersama.

LFT dan CDC di antara TDDB dan USARPAC merupakan platform penting untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan menerokai bidang kerjasama yang berkepentingan, disamping memupuk pembangunan profesional dan rangkaian. Fasa PW26 seterusnya adalah Initial Planning Conference (IPC), yang dijadualkan pada Februari 2026 dan akan dihoskan oleh TDDB.