BRUNEI MUARA AND TUTONG, Thursday, 12 November 2020 – Today, 50 personnel from Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) conducted a Muslim cemetery cleaning campaign at Lubok Pulau Cemetery, Rumpau Cemetery, Kg Panchor Murai Cemetery, Kg Madang Lambak Cemetery and Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah Cemetery in conjunction with the 59th Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The event commenced with the recitation of Surah Yassin, Tahlil, Doa Arwah and continued with the cleaning campaign. This charitable activities is conducted every year in commemorate of RBAF Anniversary.

TDDB MENERUSKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM
BRUNEI MUARA DAN TUTONG, Khamis, 12 November 2020 – Pada hari ini, seramai 50 anggota dari Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bntu TDDB) telah mengadakan kempen kebersihan di beberapa tanah perkuburan Islam iaitu Tanah Perkuburan Lubok Pulau, Tanah Perkuburan Rumpau, Tanah Perkuburan Kg Panchor Murai, Tanah Perkuburan Kg Madang Lambak dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (HUT ABDB) ke 59 tahun.
Kempen ini dimulakan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil, Doa Arwah dan diteruskan dengan pembersihan kubur secara bergotong-royong. Aktiviti berkebajikan ini diadakan setiap tahun bagi memperingati sambutan HUT ABDB.