BERAKAS GARRISON, Thursday, 5th November 2026 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), received a farewell call from His Excellency Janbaz Khan, High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam, at RBLF Headquarters, Berakas Garrison.
During the call, RBLF Commander thanked His Excellency for his contributions to strengthening bilateral relations between Brunei Darussalam and Pakistan, particularly in defence cooperation, during his tenure as High Commissioner. His Excellency also expressed appreciation throughout his tenure in Brunei Darussalam and reaffirmed the commitment to further strengthening the longstanding diplomatic relations and defence cooperation between the two countries through sustained engagement.
RBLF Commander acknowledged the strong defence ties between the two countries, which have been fostered through reciprocal visits, military exercises and participation in training courses. He expressed confidence that the RBLF and the Pakistan Armed Forces would continue to deepen their cooperation through military exchanges and training opportunities. RBLF Commander also conveyed his best wishes to His Excellency for continued success in his future endeavours.
His Excellency Janbaz Khan was appointed as High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam on 21 April 2025.




PEMERINTAH TDDB MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI PAKISTAN
BERAKAS GARISON, Khamis, 5 November 2026 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Semasa kunjungan tersebut, Pemerintah TDDB merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama atas sumbangan beliau dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Pakistan, khususnya dalam bidang kerjasama pertahanan, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Tuan Yang Terutama juga merakamkan penghargaan atas tempoh perkhidmatannya di Brunei Darussalam dan mengesahkan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan diplomatik serta kerjasama pertahanan yang telah lama terjalin melalui penglibatan berterusan.
Pemerintah TDDB turut mengiktiraf hubungan pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara melalui pertukaran lawatan, latihan ketenteraan serta penyertaan dalam kursus. Beliau menyatakan harapan agar TDDB dan Angkatan Tentera Pakistan terus mempererat hubungan tersebut melalui pertukaran ketenteraan dan kerjasama latihan. Pemerintah TDDB turut mendoakan agar Tuan Yang Terutama terus beroleh kejayaan pada masa hadapan.
Tuan Yang Terutama Janbaz Khan telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Negara Brunei Darussalam pada 21 April 2025.