KAMPUNG KILANAS, Saturday, 22nd August 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) attended the Gema Marhaban Event at Kampung Kilanas Mosque. Leading the RBLF delegation was the RBLF Commander, Brigadier General Aldi bin Haji Hassan. The Gema Marhaban Programme is an outreach initiative by the Ministry of Defence to mosques outside the Ministry, held in conjunction with the celebration of Maulidur Rasul 1448H. The programme was also attended by members of the Kampung Kilanas Mosque Committee, together with members of the Warisan Kampung Burong Pinggai Air Dikir Group.
The event commenced with the congregational Maghrib prayer, followed by Dikir Syarafil Anam and the congregational Isyak prayer. In enlivening the Maulud celebrations, the RBLF is also participating in Dikir Maulud event held at selected mosques and all suraus within Royal Brunei Armed Forces establishments over 12 consecutive nights from 13th to 24th August 2026.
The gathering provided an opportunity for RBLF personnel to come together in remembrance of Prophet Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, while fostering unity and camaraderie amongst the personnel.





TDDB SERTAI MAJLIS GEMA MARHABAN DI MASJID KAMPUNG KILANAS
KAMPUNG KILANAS, Sabtu, 22 Ogos 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Majlis Gema Marhaban di Masjid Kampung Kilanas. Delegasi TDDB diketuai oleh Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan. Program Gema Marhaban merupakan satu program Jangkauan Kementerian Pertahanan ke Masjid-Masjid luar kementerian pertahanan sempena sambutan Maulidur Rasulullah SAW tahun 1448H. Majlis turut disertai oleh Ahli-Ahli jawatankuasa Masjid Kampung Kilanas dan rombongan Kumpulan Dikir Warisan Kampung Burong Pinggai Air.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Dikir Syarafil Anam dan seterusnya Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Dalam menyemarakkan sambutan Maulud, TDDB juga turut serta dalam Majlis Dikir Maulud yang diadakan di masjid-masjid terpilih serta semua surau di bawah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) selama 12 malam berturut-turut dari 13 hingga 24 Ogos 2026.
Majlis tersebut menjadi wadah bagi warga TDDB untuk bersama-sama memperingati Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota.