REPUBLIC OF SINGAPORE, Wednesday, 26th November 2025 – Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) attended the 26th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting (ACAMM), and 13th ASEAN Sergeant Major Annual Meeting (ASMAM) attended by First Warrant Officer Mohammad Haswandi bin Haji Paun, Land Forces Sergeant Major, held from 25th to 28th November 2025 at the Pan Pacific Hotel, Republic of Singapore.
The 26th ACAMM and 13th ASMAM were hosted by the Singapore Army with the theme “Building Regional Cooperation in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR)”. His Excellency Chan Chun Sing, Minister for Defence, Republic of Singapore, delivered the keynote address at the Joint Opening Ceremony, who highlighted the evolving security challenges facing the region, noting that whilst the world has become more volatile and uncertain, ASEAN countries must stay united and vigilant. He also emphasised the importance of building collective capabilities to address both conventional and emerging threats that transcend borders.
The 26th ACAMM was then chaired by Major General Cai Dexian, Chief of Army Singapore, which featured a multilateral roundtable by each country that discussed the importance of civil-military coordination in HADR operations. The Commander of the RBLF in his remarks, reaffirmed RBLF’s commitment to working closely with ASEAN Armies bilaterally and multilaterally to further enhance the existing cooperation and explore practical initiatives for mutual benefits in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), response to climate change and other environmental issues. The event concluded with the issuance of ASEAN Army Chiefs’ Joint Statement on “Building Regional Cooperation in Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR)”, which agreed to enhance exchanges and cooperation to strengthen coordination in HADR, including in the use of digital technologies and through Exercise Trident Resolve in 2026. Exercise Trident Resolve will be the first ADMM-Plus Combined Field Training Exercise involving three Experts’ Working Groups. It will feature realistic and complex scenarios such as cyber, HADR, and military medicine domains.
The Commander of RBLF also had the opportunity to conduct several bilateral meetings with the respective heads and representatives of ASEAN Armies. Conducted annually and rotated among ASEAN countries, ACAMM is a multilateral military conference that brings together Army Chiefs and delegates from the ASEAN armies to discuss and further enhance professional engagements. Malaysia will host the 27th ACAMM and 14th ASMAM in 2026.













TDDB MENGHADIRI ACAMM KE-26 DAN ASMAM KE-13
REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 26 November 2025 – Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Angkatan Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menghadiri Mesyuarat Pelbagai Hala Ketua-Ketua Tentera Darat ASEAN ke-26 (26th ASEAN Chiefs of Army Multilateral Meeting, ACAMM) dan Mesyuarat Tahunan Sarjan Mejar ASEAN (ASMAM) ke-13 yang diadakan pada 25 hingga 28 November 2025 di Pan Pacific Hotel, Republik Singapura.
ACAMM ke-26 dan ASMAM ke-13 telah dihoskan oleh Tentera Darat Singapura dengan tema “Membina Kerjasama Serantau dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (Building Regional Cooperation in Humanitarian Assistance and Disaster Relief, HADR)”. Tuan Yang Terutama Chan Chun Sing, Menteri Pertahanan Republik Singapura, telah hadir menyampaikan ucaptama pada Majlis Pembukaan, yang mana beliau menyampaikan bahawa rantau ini sedang menghadapi cabaran keselamatan yang semakin berkembang serta tidak menentu, dan menekankan negara-negara ASEAN perlu kekal bersatu. Beliau juga menekankan kepentingan membina keupayaan secara kolektif dalam menangani ancaman konvensional dan ancaman baru yang merentasi sempadan.
ACAMM ke-26 kemudiannya dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat Singapura, yang menampilkan sesi perkongsian oleh setiap negara bagi membincangkan kepentingan penyelarasan awam dan tentera dalam operasi HADR. Pemerintah TDDB dalam ucapannya mengesahkan komitmen TDDB untuk bekerjasama rapat dengan Tentera Darat ASEAN secara dua hala serta pelbagai hala dalam meningkatkan lagi kerjasama yang sedia ada dan meneroka inisiatif praktikal bagi kebaikan bersama dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR), tindak balas terhadap perubahan iklim dan isu alam sekitar yang lain.
Acara diakhiri dengan pengeluaran Joint Statement mengenai “Membina Kerjasama Serantau dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR)”, yang mana kesemuanya bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam mengukuhkan penyelarasan HADR, termasuk penggunaan teknologi digital dan melalui Eksesais Trident Resolve pada 2026. Eksesais Trident Resolve akan menjadi ADMM-Plus Combined Field Training Exercise buat pertama kalinya dan akan melibatkan tiga Kumpulan Kerja Pakar. Ianya akan menampilkan senario yang realistik dan kompleks seperti domain siber, HADR dan perubatan tentera.
Pemerintah TDDB juga berpeluang mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan Ketua-Kekua dan wakil Tentera Darat ASEAN masing-masing. Dijalankan pada setiap tahun secara bergilir di kalangan negara-negara ASEAN, ACAMM merupakan persidangan ketenteraan pelbagai hala yang menghimpunkan Ketua-ketua Tentera Darat dan delegasi Tentera Darat ASEAN untuk membincangkan dan meningkatkan lagi hubungan professional. Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi ACAMM ke-27 dan ASMAM ke-14 pada 2026.