JAKARTA, INDONESIA, Friday, 01 November 2024 – The Indonesian Army hosted the 14th Brunei-Indonesia Army Working Group (14th BRUNESIA AWG) meeting at the Novotel Hotel, Jakarta, Republic of Indonesia from 28th October 2024 to 01 November 2024. The meeting was co-chaired by Brigadier General TNI Dwi Sasongko, Deputy Training Assistant of the Chief of Army Staff for Military Cooperation and Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff Royal Brunei Land Force (RBLF).
Among the agendas discussed includes the progress on the bilateral programs and activities between both armies for the upcoming year 2025 such as training and exercises, and exchange of visits. During the meeting, both sides also reaffirmed their commitment to further strengthen bilateral relations and discussed other potential areas of future cooperation. The BRUNESIA AWG is a significant platform in fostering professional development and networking, held once a year by both countries on a rotational basis. The last meeting was held on 17 October 2023 to 20 October 2023 in Brunei Darussalam.

MESYUARAT KUMPULAN KERJA BRUNEI-INDONESIA SIRI 14/2024
JAKARTA, INDONESIA, Jumaat, 01 November 2024 – Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Kumpulan Kerja Darat Brunei-Indonesia ke-14 (BRUNESIA AWG ke-14) di Hotel Novotel, Jakarta, Republik Indonesia dari 28 Oktober 2024 hingga 01 November 2024. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Brigedier Jeneral TNI Dwi Sasongko, Wakil Asisten Latihan Kepala Staf Angkatan Darat Bidang Kerjasama Militer dan Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat Diraja Brunei.
Antara agenda yang dibincangkan termasuk perkembangan program dan aktiviti dua hala antara kedua-dua tentera bagi tahun 2025 seperti eksesais dan latihan, dan pertukaran lawatan. Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak juga mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan membincangkan potensi bidang kerjasama di masa akan datang. BRUNESIA AWG ialah platform penting dalam memupuk pembangunan profesional dan rangkaian, yang diadakan setiap setahun sekali oleh kedua-dua buah negara secara bergilir. Mesyuarat ini kali terakhir diadakan pada pada 17 Oktober 2023 hingga 20 Oktober 2023 di Negara Brunei Darussalam.