BERAKAS GARRISON, Thursday 25th January 2024 – A Donation Ceremony of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Welfare Fund was held to extend support to a former personnel of ‘E’ Company, First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF), whose mother-in-law’s residence in Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Lambak Kiri was affected by a fire incident in June 2022.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Abd Manan bin Othman, followed by the welcoming address from Major Mohammad Za’im bin Haji Zainal Arifin, Officer Commanding of ‘E’ Company, 1Bn RBLF. Lieutenant Colonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Commanding Officer of 1Bn RBLF officially handed over the RBAF Welfare Fund to Private Mohd Muiz bin Noor Amiruddin.
In attendance were officers from Field Headquarters RBLF and 1Bn RBLF, Acting Regiment Sergeant Major 1Bn RBLF, Acting Drill Sergeant Major 1Bn RBLF as well as family members of those affected by the fire incident.
The contribution from the RBAF Welfare Fund serves to alleviate the challenges faced by family members impacted by the incident and reflects RBLF’s commitment to safeguarding the welfare and the well-being of its personnel during difficult times.


MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN ABDB KEPADA ANGGOTA TDDB
PERKHEMAHAN BERAKAS, Khamis 25 Januari 2024 – Satu Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diadakan bagi salah seorang bekas anggota Kompeni ‘E’ Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) yang mana kediaman rumah ibu mertuanya di Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Lambak Kiri terjejas akibat kebakaran pada Jun 2022.
Majlis amal ini telah dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Soldadu Abd Manan bin Othman, diikuti dengan kata-kata aluan daripada Mejar Mohammad Za’im bin Haji Zainal Arifin, Pegawai Memerintah Kompeni ‘E’ 1Bn TDDB. Leftenan Kolonel Pengiran Ridzamfaizal bin Pengiran Haji Salleh, Pegawai Pemerintah 1Bn TDDB secara rasminya menyerahkan Tabung Kebajikan ABDB kepada Soldadu Mohd Muiz bin Noor Amiruddin.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari Markas Medan, TDDB dan 1Bn TDDB, Pemangku Sarjan Mejar Rejimen 1Bn TDDB, Pemangku Sarjan Mejar Kawad 1Bn TDDB serta ahli-ahli keluarga anggota yang terlibat dalam musibah kebakaran tersebut.
Sumbangan dari Tabung Kebajikan ABDB ini sedikit sebanyak mampu membantu meringankan cabaran yang dihadapi oleh ahli keluarga yang terjejas akibat kejadian itu dan mencerminkan komitment TDDB untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan anggotanya semasa masa-masa sukar.