DEFENCE ACADEMY, Tuesday, 11 August 2020
– Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) as the Head of the Public Order Project has conducted a Study Day that follows Train the Trainer concept at the Defence Academy, RBAF. The study day were attended by instructors and officers from the Officer Cadet School.

The theory lessons were presented by Captain Pengiran Mas Sanusi bin Pengiran Haji Masuni, as the Project Leader for the Public Order Project. The theory lessons then continued to a practical lesson being held at the Parade Square, Defence Academy RBAF.

The purpose of this study day was to provide exposure and share knowledge on issues of national security. It was also emphasized the importance of public order as it is one of the basic requirements for those in the Infantry Battalions, and at the same time it introduced the new Tactics, Techniques and Procedures (TTPs) that are equivalent to the TTPs used globally.

Additionally, this study day is in line with the RBLF Public Order Project as preparation for RBLF particularly for the upcoming ASEAN Summit 2021 that will be conducted next year and to be taught to all the units within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

PELAJARAN PENYURAIAN RUSUHAN DIKENDALIKAN OLEH BATALION KETIGA 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

AKADEMI PERTAHANAN, Selasa, 11 Ogos 2020 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) selaku Ketua Projek Penyuraian Rusuhan telah melaksanakan Pelajaran Penyuraian Rusuhan berdasarkan kepada konsep ‘Train the Trainer’ di Akademi Pertahanan, ABDB. Pelajaran ini telah disampaikan kepada Jurulatih-Jurulatih dan Pegawai-Pegawai dari Sekolah Pegawai Kadet.

Pelajaran teori penyuraian rusuhan yang terkini telah dibentangkan oleh Kapten Pengiran Mas Sanusi bin Pengiran Haji Masuni, selaku Ketua Projek Penyuraian Rusuhan dan diikuti dengan pelajaran praktikal di Padang Kawad, Akademi Pertahanan ABDB.

Tujuan pelajaran ini diadakan ialah untuk mendedahkan dan memberi pengetahuan tentang keselamatan dalam negeri. Di samping itu, ia juga menekankan akan kepentingan penyuraian rusuhan sebagai keperluan asas Batalion Infantri, serta dalam masa yang sama turut memperkenalkan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) yang baru setaraf dengan TTP yang digunakan di peringkat global.

Selain itu, pelajaran penyuraian rusuhan in juga selari  dengan Projek Penyuraian Rusuhan TDDB bagi persiapan TDDB khususnya sebagai persediaan untuk Mesyuarat ASEAN Summit 2021 yang akan berlangsung pada tahun hadapan. Oleh itu, pelajaran yang dikendalikan adalah salah satu langkah untuk penerapan kepada keseluruhan unit-unit di dalam ABDB.