LUMUT CAMP, Thursday, 12 January 2023 - A promotion ceremony for Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) personnel took place today at two separate venues. The promotion ceremony for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCO) was held at the Warrant Officers, Staff Sergeants and Sergeants’ Mess of 3Bn RBLF meanwhile for Non-Commissioned Officers (JNCO) was held at the Cook House 3Bn RBLF.

Present as the Guest of Honour was Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of 3Bn RBLF. Also present at the ceremony were officers and personnel of 3Bn RBLF.

A total of 10 personnel was promoted to SNCOs that includes three personnel promoted to Substantive Sergeant and seven personnel promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for JNCOs, 31 personnel were promoted with two personnel promoted to Substantive Corporal, 13 personnel promoted to Acting Corporal, 11 personnel promoted to Substantive Lance Corporal and five personnel promoted to Acting Lance Corporal.  

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, followed by presentation of rank insignias by the Guest of Honour and the recital of Doa Selamat. The ceremony concluded with a photo session.

With this promotion, it is expected that these personnel will be more committed and responsible in carrying out their duties, and that each personnel would instil within themselves that their new appointment be taken with full responsibility and professionalism in line with the organisation’s goals.

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA

BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 

PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 12 Januari 2023 Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Pangkat di dua tempat berasingan iaitu bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan bertempat di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan 3Bn TDDB dan bagi PTB telah dilaksanakan di Dewan Makan 3Bn TDDB.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB-PTB Kanan adalah seramai 10 anggota yang terdiri daripada tiga anggota dinaikkan ke pangkat Sarjan Tetap dan tujuh anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala, bagi kenaikan pangkat PTB-PTB Rendah adalah seramai 31 anggota iaitu dua anggota ke pangkat Kopral Tetap, 13 anggota ke pangkat Pemangku Kopral, 11 anggota ke pangkat Las Kopral Tetap dan lima anggota ke pangkat Pemangku Las Kopral.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan diteruskan dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat serta bacaan Doa Selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Dengan kenaikan pangkat ini, semua anggota akan lebih komited dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Di samping itu, setiap anggota hendaklah menerapkan sikap profesional dan menunjukkan kesungguhan di segenap bidang yang dipertanggungjawabkan demi merealisasikan matlamat organisasi dalam menuju kecemerlangan.