LUMUT CAMP, Friday, 19th July 2024 – The Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a promotion ceremony for its Senior Non-Commissioned Officers (NCOs) and Junior NCOs at the 3Bn RBLF, Lumut Camp. The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by the insignia presentation and concluded with the recital of Doa Selamat and a group photo session.

Presenting the insignia to the newly promoted NCOs and JNCOs was Major Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Commanding Officer of 3Bn RBLF. Also in attendance were Officers, personnel of 3Bn RBLF and family members of the promoted personnel. A total of 7 SNCOs were promoted consisting of six to Substantive Sergeant and one to Acting Sergeant. Meanwhile, 48 JNCOs were promoted comprising of 28 to Substantive Corporal, 19 to Substantive Lance Corporal and one to acting Lance Corporal.

This promotion is the testament of their commitment, mastery of tasks and skills, and the individual ability in carrying out their respective duties and responsibilities. The RBLF leadership extends heartfelt congratulations to all newly promoted personnel.

MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 19 Julai 2024 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB Rendah bertempat di Perkhemahan Lumut, 3Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian pangkat dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai.

Penyampaian pangkat kepada PTB-PTB Kanan dan PTB-PTB Rendah yang baru dinaikkan ialah Mejar Khairul Faizin bin Haji Abdul Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai, anggota-anggota daripada 3Bn TDDB dan ahli keluarga anggota-anggota yang dinaikkan pangkat. Seramai 7 anggota telah dinaikkan pangkat iaitu enam ke pangkat Sarjan Tetap dan seorang ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala 48 PTB-PTB Rendah telah dinaikkan pangkat yang terdiri daripada 28 ke Koperal Tetap, 19 ke Lans Koperal Tetap dan seorang ke Pemangku Lans Koperal.

Kenaikan pangkat ini membuktikan komitmen mereka, penguasaan tugas dan kemahiran, dan keupayaan individu dalam menggalas tugas dan tanggungjawab masing-masing. Pihak kepimpinan TDDB ingin merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada kesemua anggota yang telah dinaikkan pangkat.