SUNGAI AKAR CAMP, Wednesday, 12 July 2023 A promotion ceremony for Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and NCOs of Royal Guards Regiment, Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) personnel took place today at Gurkha Reseve Unit (GRU) Cookhouse, Sungai Akar Camp.

Present as the Guest of Honour was Major Norranellwi bin Siaran/Searan, Commanding Officer RGdR RBLF. Also present were officers and personnel of RGdR RBLF. The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by presentation of rank insignias by the Guest of Honour and the recital of Doa Selamat.

A total of 10 personnel were promoted to SNCOs in which three personnel promoted to Substantive Sergeant and three personnel promoted to Acting Sergeant. Meanwhile, for NCOs, four personnel were promoted in which two personnel promoted to Acting Corporal, one personnel promoted to Substantive Lance Corporal and one personnel promoted to Acting Lance Corporal.

MAJILIS PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI ANGGOTA-ANGGOTA REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Rabu, 12 Julai 2023 – Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah mengadakan Majilis Kenaikan Pangkat pada hari ini bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB-PTB yang diadakan di Rumah Masak Pasukan Simpanan Gurkha, Perkhemahan Sungai Akar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Norranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah RPD TDDB. Turut hadir bagi memeriahkan lagi majilis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota RPD TDDB.

Jumlah keseluruhan yang menerima pangkat bagi PTB-PTB Kanan ialah seramai enam anggota, iaitu tiga anggota dinaikkan ke pangkat Sarjan Tetap dan tiga anggota ke pangkat Pemangku Sarjan. Manakala, bagi kenaikan pangkat PTB-PTB ialah seramai empat anggota iaitu dua anggota menerima Pemangku Kopral, seorang anggota ke pangkat Las Kopral Tetap dan seorang anggota ke Pemangku Las Kopral.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan sesi penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat dan bacaan Doa Selamat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.