SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 13 January 2023 – The promotion ceremony for the Senior Non-Commissioned Officers (SNCOs) and NCOs of Royal Guard Regiment, Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) was held today at the Gurkha Reserve Unit (GRU) Cookhouse, Sungai Akar Camp.

Present as the Guest of Honour was Major Norranellwi bin Siaran/Searan, Commanding Officer of RGdR RBLF. Also present were officers and personnel of RGdR RBLF.

A total of eight SNCOs were promoted, which consisted of two personnel promoted to Acting Staff Sergeant and six personnel promoted to Acting Sergeant. Meanwhile for NCOs, one personnel promoted to Substantive Corporal, six personnel promoted to Acting Corporal, one personnel promoted to Substantive Lance Corporal and one personnel promoted to Acting Lance Corporal.

The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Muhammad Hisyamuddin bin Mohammad, followed by presentation of rank insignias by the Guest of Honour. The ceremony concluded with recital of Closing Doa, signing of parchment and a group photo session.

 

MAJLIS KENAIKKAN PANGKAT BAGI ANGGOTA REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

 

PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Jumaat, 13 Januari 2023 – Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) pada hari ini telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan dan PTB bertempat di Rumah Masak Pasukan Simpanan Gurkha, Perkhemahan Sungai Akar.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Noranellwi bin Siaran/Searan, Pegawai Pemerintah RPD TDDB. Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota RPD TDDB.

Seramai lapan PTB Kanan telah dinaikkan pangkat iaitu, dua anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Staf Sarjan dan enam anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan. Bagi PTB pula, seorang anggota dinaikkan pangkat ke Kopral Tetap, enam anggota dinaikkan pangkat ke Pemangku Kopral, seorang anggota dinaikkan ke Las Kopral Tetap dan satu anggota dinaikkan ke Pemangku Las Kopral.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sarjan Muhammad Hisyamuddin bin Mohammad, diikuti dengan penyampaian pangkat yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Penutup, penandatanganan lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai.