BERAKAS GARRISON, Tuesday 05 March 2019
– The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a promotion ceremony for RBLF senior ranks and a presentation of appointment certificates for Royal Brunei Armed Forces personnel at the Warrant Officer, Staff Sergeant & Sergeant Mess, Berakas Garrison.

The promotion ceremony was officiated by Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the RBLF. Also present at the ceremony were the Chief of Staff RBLF, Senior Officers, Officers and Senior Ranks from RBLF.

A total of 08 personnel from RBAF were awarded with the Certificate of Appointment and 20 RBLF Senior Ranks were promoted comprised of 06 personnel promoted to Warrant Officer 1, 02 personnel promoted to Substantive Warrant Officer 2 and 12 personnel promoted to Acting Warrant Officer 2.

The ceremony commenced with the recitation of the Surah Al- Fatihah led by Staff Sergeant Hj Norazlan bin Abd Rahman followed with the promotion ceremony. The ceremony concluded with a photo session.

The promotion ceremony was held to celebrate RBLF personnel who have been promoted and also to show appreciation and to encourage the personnel to continue their service with sincerity and dedication.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERLANTIKAN BAGI ANGGOTA ABDB DAN PENYAMPAIAN PANGKAT BAGI PTB-PTB KANAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TAHUN 2019

BERAKAS GARISON, Selasa 05 Mac 2019 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan Majlis Penyampaian Pangkat bagi PTB-PTB Kanan TDDB dan Penyampaian Sijil Perlantikan bagi anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Mess PW, SSjn & Sjn, Berakas Garison.

Majlis kenaikan pangkat ini telahpun disempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah TDDB. Turut hadir di Majlis tersebut ialah Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan TDDB.

Seramai 08 anggota ABDB diberikan Sijil Perlantikan dan seramai 20 anggota PTB-PTB Kanan TDDB telah dinaikkan pangkat yang terdiri daripada 06 anggota ke pangkat Pemangku PW1, 02 anggota ke pangkat Pegawai Waran 02 Tetap dan 12 anggota ke pangkat Pemangku Pegawai Waran 2.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Staf Sarjan Haji Norazlan bin Abd Rahman dan diteruskan dengan penyampaian pangkat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai dengan anggota yang diraikan.

Adapun majlis ini diadakan untuk meraikan anggota-anggota yang telah dinaikan mahupun dinaikan pangkat tetap dan juga untuk memberi penghargaan dan memberikan lagi semangat kepada anggota-anggota lain untuk meneruskan perkhidmatan dengan penuh ikhlas dan berdidikasi dalam menjalani tugasan seharian.