BERAKAS GARRISON, Friday, 14 April 2023 – PRIHATIN Centre Royal Brunei Armed Forces (PRIHATIN Centre RBAF) in collaboration with the Directorate of Personnel, Ministry of Defence carried out Program Disiplin Anggota Tentera (PADAT) today at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.

The programme began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of Asma Ul-Husna, the National Anthem of Brunei Darussalam, and the enlivening of the RBAF Core Values “Setia, Takwa, Berani, Profesional”. Major Isewandy bin Murni, Staff Officer Special Duties, Directorate of Personnel and RBAF PRIHATIN Centre RBAF delivered a talk to First Battalion Royal Brunei Land Force (1Bn RBLF) and Combat Service Support (CSS) RBLF personnel. During the talk, he emphasised the importance of discipline especially as a military personnel and highlighted the types of Military Offences, Civil Offences and Syariah Offences.

The programme serves to create awareness in maintaining a high standard of discipline at all level of leadership and personnel as well as to disclose the types of offences that are chargeable and the repercussions that follow if found guilty.

PROGRAM DISIPLIN ANGGOTA TENTERA MENEKANKAN KEPENTINGAN DISIPLIN

BERAKAS GARISON, Juma’at, 14 April 2023 – Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PRIHATIN ABDB) dengan kerjasama Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan telah mengadakan Program Disiplin Anggota Tentera (PADAT) bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.

Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Asma Ul-Husna, nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan penghayatan nilai-nilai teras ABDB “Setia, Takwa, Berani, dan Profesional”, Seterusnya, Mejar Isewandy bin Murni, Pegawai Turus Tugas-Tugas Khas, Jabatanarah Keanggotaan dan Pusat PRIHATIN ABDB telah menyampaikan taklimat kepada anggota – anggota Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB. Melalui taklimat tersebut, beliau menekankan betapa pentingnya menanai disiplin sebagai anggota tentera dan menerangkan tentang jenis kesalahan tentera, kesalahan sivil dan kesalahan syariah.

PADAT merupakan sebuah program bimbingan dan kaunseling yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bagi mengekalkan nilai disiplin yang tinggi di semua peringkat kepimpinan serta pendedahan mengenai jenis-jenis kesalahan yang boleh didakwa dan tindakan-tindakan yang boleh diambil sekiranya sabit kesalahan.