BERAKAS GARRISON, Friday, 28 January 2022 – A Prize Presentation for the Musabaqah Tilawah Al-Quran Competition in conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) Diamond Jubilee was held today at the Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The event was held in accordance with the Ministry of Health’s COVID-19 pandemic guidelines.

Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi Bin Bol Hassan, Commander of RBLF. Also present during the event were Senior Officers, Officers and Other Ranks of RBLF.

A total of 10 Qari and 06 Qari’ah participants from RBLF sub-units took part in the competition. The semi-final was held on 17 January 2022 and 18 January 2022, followed by the final competition on 24 January 2022.

This year’s Qari champion was won by Private Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin from Second Battalion RBLF. Private Awangku Abdul Azim bin Pengiran Dulamit from First Battalion RBLF was the Qari runner-up and the third place was won by Sergeant Mohammad Ali Hussin bin Zakaria from RBLF Headquarters.

Meanwhile, Corporal Dayangku Siti Noor Azimah binti Pengiran Asmadi from Combat Service Support RBLF was crowned as the Qariah champion. The Qariah runner-up was awarded to Captain Nurulaini binti Haji Md Zain from RBLF Headquarters and third place was won by Private Nurul Khairah binti Md Sahari from Medical and Health Services, RBLF.

The event continued with the presentation of prizes to the winners and souvenirs presentation to the contestants and panel of judges from the guest of honour. The event concluded with a closing doa.

The Musabaqah competition serves to enrich the understanding and knowledge of the Al-Quran amongst the RBLF personnel. It also aims to produce potential RBLF Qari dan Qariah and as a preparation for the participants to compete in the upcoming RBAF Musabaqah Tilawah Al-Quran.


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QURAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

BERAKAS GARISON, Jumaat, 28 Januari 2022 – Majlis Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Jubli Intan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.  Majlis telah dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi Bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB. Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota TDDB.

Seramai 10 Qari dan 6 Qari’ah dari unit-unit TDDB telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan bagi peringkat separuh akhir telah diadakan pada 17 Januari 2022 dan 18 Januari 2022, diikuti dengan peringkat akhir pada 24 Januari 2022.

Johan Qari tahun ini dimenangi oleh Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin dari Batalion Kedua TDDB. Naib Johan dimenangi oleh Soldadu Awangku Abdul Azim bin Pengiran Dulamit dari Batalion Pertama TDDB dan tempat ketiga dimenangi oleh Sarjan Mohammad Ali Hussin bin Zakaria dari Markas TDDB.

 

Manakala, Koperal Dayangku Siti Noor Azimah binti Pengiran Asmadi dari Khidmat Bantuan Kombat, TDDB dinobatkan sebagai Johan Qariah. Naib Johan Qariah dimenangi oleh Kapten Nurulaini binti Haji Md Zain dari Markas TDDB dan tempat ketiga dimenangi oleh Soldadu Nurul Khairah binti Md Sahari dari Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan penyampaian cenderahati kepada peserta dan panel juri daripada tetamu kehormat. Acara diakhiri dengan Doa Penutup.

Tujuan Musabaqah diadakan adalah untuk menanai serta meninggikan martabat Al-Quran sebagai syiar dan panduan hidup dalam kalangan anggota TDDB. Selain itu, ianya adalah untuk melahirkan Qari dan Qariah yang berpotensi serta mempersiapkan peserta bagi musabaqah di peringkat ABDB.