TUTONG CAMP, Friday, 04 September 2020 – In efforts to lessen the burden of victims of a recent house fire incident on 04 September 2020 in Tutong Camp, several donations were presented to the affected family.

A total of BND$1150.00 from the allocation of the ‘Tabung Kebajikan ‘ from the Royal Brunei Land Force (RBLF) fund and ‘Sumbangan Dana’ from the Second Battalion RBLF (2Bn RBLF) Officers’ Mess, Senior Non-Commissioned Officers Mess and the Corporal Club was presented by Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, the Commanding Officer of 2Bn RBLF and Warrant Officer 2 Kifly bin Haji Johari, the Sergeant Major Regiment of 2Bn RBLF to the fire victim, namely Private Herdey bin Abdul Hamid on Friday, 04 September 2020. In addition to the donation from the RBLF fund and collective donation from 2Bn RBLF, a total of BND$1000.00 from the allocation of the ‘Tabung Dana Kebajikan‘ Royal Brunei Armed Forces was also presented by Colonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Director of Personnel  Ministry of Defence in the evening of 04 September 2020 to the family.

Meanwhile, Private Herdey and his family were given temporary housing in Tutong Camp. This also includes subsistence support and also daily basic necessities such as clean change of clothing, food and housewares extending from utensils to appliances, to lessen the burden of the family and in ensuring their recovery and transition back to normal

 

PENYAMPAIAN DERMA KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH

Perkhemahan Tutong, Jumaat, 04 September 2020 – Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk meringankan beban mangsa kejadian kebakaran rumah pada 04 September 2020 di Perkhemahan Tutong yang mana beberapa penyampaian derma telah disampaikan kepada keluarga yang terjejas.

Penyampaian Tabung Kebajikan daripada Tabung Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Sumbangan Dana daripada Mess Pegawai, Mess PTB Kanan dan Korpral
Club Batalion Kedua TDDB berjumlah BND$1150.00 telah disampaikan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB dan Pegawai Waran 2 Kifly bin Haji Johari, Rejimen Sarjan Mejar 2Bn TDDB  kepada mangsa kebakaran, iaitu Soldadu Herdey bin Abdul Hamid pada hari Jumaat, 04 September 2020. Selain penyampaian derma daripada tabung TDDB dan sumbangan dana daripada 2Bn TDDB, sejumlah BND$1000.00 daripada Tabung Dana Kebajikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah disampaikan oleh Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Pengarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan kepada Soldadu Herdey pada malam 04 September 2020.

Sementara itu, Soldadu Herdey dan keluarga telah diberikan rumah sementara di Perkhemahan Tutong. Ini termasuk sumbangan berupa wang, keperluan harian seperti pakaian, makanan dan barang rumah iaitu perkakas dapur dan peralatan elektrik bagi meringankan beban yang keluarga berkenaan dan memastikan kehidupan seharian mereka dapat dipermudahkan dan dibina semula.