LUMUT CAMP, Wednesday, 18th March 2025 – The closing event for Platoon Competition and Platoon Drill Competition, Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) were held at the Gymnasium 3Bn RBLF in Lumut Camp. The Platoon Competition commenced on 02nd until 17th January 2025, while the Platoon Drill Competition was held on 05th February 2025. Present to officiate the closing was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander RBLF.
The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Md Farid Asraff bin Md Masri from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate followed by the overall summary of the competitions delivered by Major Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, 3Bn RBLF Commanding Officer. The RBLF Field Commander then presented the awards to all winners with Platoon 6 from ‘B’ Company won the first place for achieving the highest overall points in the Platoon Competition. Meanwhile, Lieutenant Muhammad Azwan Tahfiz Qarizh bin Hasan from Platoon 9 ‘C’ Company was awarded as the Best Platoon Commander and Sergeant Mohd Shamree bin Haji Awang of Platoon 6 ‘B’ Company as the Best Platoon Sergeant. As for the Platoon Drill Competition, Platoon 6 ‘B’ Company emerged as the winner, demonstrating the strength of the platoon’s bonds and their ability to function as a team.
The aim of the Platoon Competition is to test and improve the platoon’s overall combat effectiveness and readiness, which includes evaluating their proficiency in various tactical foundation, knowledge and skills such as jungle navigation, physical fitness and endurance, tactics and techniques fighting in built-up areas, teamwork, as well as decision-making under pressure. While the Platoon Drill Competition is aimed to emphasise discipline and precision in drill movements, requiring platoons to work together as a cohesive unit in coordinating their movements and actions, and further fosters a culture of adherence to drill standards and procedures.




















ACARA PENUTUP BAGI PERLAWANAN ANTARA PLATUN DAN PERLAWANAN KAWAD ANTARA PLATUN
PERKHEMAHAN LUMUT, Rabu, 19 Mac 2025 – Acara penutup bagi Perlawanan antara Platun dan Perlawanan Kawad antara Platun bagi Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah diadakan di Dewan Gerak Badan 3Bn TDDB di Perkhemahan Lumut. Perlawanan antara Platun telah bermula pada 02 hingga 17 Januari 2025, manakala Perlawanan Kawad antara Platun telah diadakan pada 05 Februari 2025. Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Soldadu Md Farid Asraff bin Md Masri daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diikuti dengan rumusan keseluruhan perlawanan yang disampaikan oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB. Pemerintah Medan TDDB seterusnya menyampaikan anugerah kepada semua pemenang dengan Platun 6 dari Kompeni ‘B’ memenangi tempat pertama dengan mencapai mata keseluruhan tertinggi dalam Perlawanan antara Platun. Sementara itu, Leftenan Muhammad Azwan Tahfiz Qarizh bin Hasan dari Platun 9 Kompeni ‘C’ dianugerahkan sebagai Ketua Platun Terbaik dan Sarjan Mohd Shamree bin Haji Awang dari Platun 6 Kompeni ‘B’ sebagai Platun Sarjan Terbaik. Bagi Perlawanan Kawad antara Platun pula, Platun 6 Kompeni ‘B’ muncul sebagai pemenang, yang mempamerkan kekuatan ikatan platun dan keupayaan mereka untuk berfungsi sebagai satu pasukan.
Tujuan Perlawanan antara Platun tersebut adalah untuk menguji dan meningkatkan keberkesanan serta kesiapsiagaan tempur platun secara keseluruhan yang merangkumi penilaian terhadap kemahiran asas taktikal, pengetahuan dan kecekapan seperti navigasi hutan, kecergasan dan ketahanan fizikal, taktik dan teknik dalam pertempuran di kawasan bandar, kerja berpasukan, serta kebolehan membuat keputusan di bawah tekanan. Sementara itu, Perlawanan Kawad antara Platun adalah bertujuan untuk menekankan disiplin dan ketepatan dalam pergerakan kawad, di mana setiap platun perlu bekerjasama sebagai satu unit yang padu dalam menyelaraskan pergerakan mereka, dan seterusnya untuk memupuk budaya mematuhi terhadap standard dan prosedur kawad.