PENANJONG GARISON, Jumaat 08 Disember 2017 - Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei ( Bn Bantu TDDB) telah mengadakan acara Perlawanan Merintis antara Unit-unit Bn Bantu TDDB di dalam kawasan Penanjong Garison.
Tujuan acara ini diadakan bukan sahaja untuk menguji ketahanan jasmani individu bahkan juga untuk menguji kemahiran peserta dalam menggunakan kompas dan membaca peta, sekaligus memupuk kemesraan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.
Sebanyak 4 pasukan menyertai acara merintis berpasukan yang terdiri dari Unit Skuadron Jurutera Tempur (SJT), Unit Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP), Unit Kimia Biologi Radiologi dan Letupan (KBRL) dan Kompeni Markas Batalion Bantu TDDB. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah di sempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Bantu TDDB Yang Mulia Mejar Shalleh bin Haji Ismail.
Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan semasa acara tersebut. Acara pertama adalah Acara Terbuka Perseorangan (TOP 10), acara kedua adalah Acara Terbuka Perseorangan bagi Pegawai-Pegawai, acara ketiga iaitu acara Terbuka Perseorangan bagi PTB-PTB Kanan, acara keempat adalah Acara terbuka perseorangan bagi PTB-PTB rendah, acara kelima adalah acara terbuka perseorangan bagi askar wanita, acara keenam adalah acara bagi anggota-anggota veteran dan yang terakhir adalah Acara Berpasukan.
Bagi acara terbuka perseorangan bagi Pegawai-Pegawai Batalion Bantu TDDB tempat kedua dimenangi oleh Yang Mulia Leftenan Azzyati dari Kompeni Markas dengan markah terkumpul 50 masa 60 minit dan Johan disandang oleh Yang Mulia Mejar Faizal dari KBRL dengan markah 60 masa 53 minit.
Bagi acara terbuka perseorangan bagi PTB-PTB Kanan Batalion Bantu TDDB tempat ketiga dimenangi oleh Yang Mulia Sjn Ramadan dari Kompeni Markas dengan markah terkumpul 60 masa 55 minit, naib johan dimenangi oleh Yang Mulia Sjn Asrol dari Kompeni Markas dengan markah 65 masa 58 minit dan johan disandang oleh Yang Mulia Sjn Noorlidey dari SJT dengan markah 65 masa 51 minit.
Bagi acara Veteran terbuka perseorangan Batalion Bantu TDDB tempat ketiga dimenangi oleh Yang Mulia PW1 Norabidin dari Kompeni Markas dengan markah terkumpul 35, naib johan dimenangi oleh Yang Mulia SSjn Ramlan dari KBRL dengan markah terkumpul 55 dan johan disandang oleh Yang Mulia SSjn Hermansino dari KBRL dengan markah terkumpul 75. Bagi acara terbuka perseorangan PTB-PTB rendah Batalion Bantu TDDB tempat ketiga dimenangi oleh Yang Mulia LKpl Sariyan dari SJT dengan markah terkumpul 75 masa 56 minit, naib johan dimenangi oleh Yang Mulia Kpl Abu Bakar dari SJT dengan markah terkumpul 75 masa 55 minit dan johan disandang oleh Yang Mulia LKpl Herdey dari SKPP dengan markah terkumpul 75 masa 54 minit. Bagi acara terbuka perseorangan Askar Wanita perseorangan Batalion Bantu TDDB tempat ketiga dimenangi oleh Yang Mulia LKpl Khairunnasriah dengan markah terkumpul 38 masa 59 minit, naib johan dimenangi oleh Yang Mulia LKpl Nurul Aini dengan markah terkumpul 40 masa 58 minit dan johan disandang oleh Yang Mulia Sld Rasyiqah dengan markah terkumpul 45 masa 56 minit.
Bagi Acara Berpasukan, Tempat ketiga dimenangi oleh Unit Kompeni Markas dengan markah terkumpul 495, naib johan dimenangi oleh Unit SJT dengan markah terkumpul 535 dan Johan disandang oleh Unit KBRL dengan 685 markah.

