BERAKAS GARISON, Khamis 14 Disember 2017 - Perlawanan Bravo One Challenge bagi Kompeni B Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (Komp B 1Bn TDDB) telah dijalankan pada hari Rabu 13 Disember 2017. Sebanyak 8 pasukan yang terdiri daripada Platun 4, Platun 5, Platun 6, Markas Kompeni B serta wakil dari sub-sub unit 1Bn TDDB telah mengambil bahagian di dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan tersebut dibahagikan kepada 7 peringkat, diperingkat pertama adalah larian dari Padang Kawad 1Bn TDDB, Berakas Garison menuju ke Mini Stadium Berakas Garison dengan pelepasan antara pasukan setiap masa 5 minit. Diperingkat kedua iaitu ‘Dry Challenge’ yang berlangsung di Mini Stadium, peserta berlari dengan jarak satu pusingan 400 meter dengan membawa 2x Kayu Log dan seterusnya membawa 1x Stretcher, 2x Jerrycan menuju ke Kolam Renang Berakas Garison.

Peringkat seterusnya iaitu ‘Wet Challenge’, peserta dikehendaki terjun dari tingkat 1 dan membuat Section River Crossing, selepas itu peserta akan bergerak menuju Galeri Rempuh Halangan untuk menjalani ujian seterusnya. Peringkat keempat iaitu Combat Challenge bertempat di kawasan Pondok Nelayan Berakas Garison, selepas selesai aktiviti merempuh halangan peserta akan berlari menuju ke Padang Tembak ETR Berakas Garison dengan membawa 3x Tong Peluru yang berisi pasir. Diperingkat kelima pula iaitu ‘Comms Challenge’, seorang anggota dari peserta kumpulan dikehendaki menjalani Ujian Teori dan Praktikal Perhubungan yang diuji oleh anggota dari Platun Semboyan 1Bn TDDB dan kemudiannya bergerak ke Bukit Tabur Bintang Berakas Garison untuk merempuhi halangan acara kemuncak perlawanan.

Diperingkat ke enam iaitu ‘Toughness Challenge’, peserta dikehendaki membawa 1x tayar besar & 3x tayar kecil dari Simpang Bukit Tabur Bintang menuju ke tempat tangki air dan balik semula. Peringkat terakhir iaitu ‘Finish’ peserta dikehendaki berlari menuju ke Padang Kawad 1Bn TDDB dan melapor ke pengawas perlawanan bagi catitan masa dan keputusan akhir.

Penyampaian hadiah-hadiah bagi perlawanan tersebut telah dilangsungkan di Bangunan Komp B 1Bn TDDB yang telah disempurnakan oleh Yang Mulia Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Memerintah Komp B 1Bn TDDB selaku Tetamu Kehormat Majlis dan Pengawai Pengendali. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai dan seterusnya penyamapaian hadiah kepada pemenang-pemenang, di tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Boyka yang diketuai oleh Yang Mulia LKpl Mohd Hamizan bin Haji Shari dengan catatan masa 1 jam 12 minit 27 saat, di tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Spartan yang diketuai oleh Yang Mulia Sld Mohd Zulazwan Rahiman bin Mohammad dengan catatan masa 1 jam 11 minit 09 saat manakala juara keseluruhan dan memenangi Piala Pusingan iaitu Pasukan Baby Shark yang diketuai oleh Yang Mulia Sjn Muhd Azman bin Takdir dengan catatan masa 1 jam 10 minit 26 saat. Acara penyamaian pada pagi tersebut diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada peserta ‘The Biggest Loser Challenge’. Seramai 7 orang anggota dari Komp B 1Bn TDDB telah berjaya menurunkan berat badan lebih dari 10 kilogram dalam tempoh masa 3 bulan.

Adapun objektif perlawanan ini dijalankan adalah untuk menilai daya kawalan dan perintah, semangat berpasukan, kerjasama dan keyakinan diri untuk melaksanakan sebarang penugasan dalam menangani apa jua halangan dan rintangan yang mencabar.