Perkhemahan Tutong, 30 Mac 2018-
Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak diantara Kompeni-Kompeni 2Bn TDDB. Perlawanan akhir diantara Kompeni B dan Kompeni Memerintah telah diadakan di padang bola B, Perkhemahan Tutong. Perlawanan akhir dimenangi dengan sepakan penalti dengan jaringan 4-2 yang telah berpihak kepada Kompeni B untuk mengambil tempat sebagai Juara, tempat kedua telah disandang oleh Kompeni Memerintah, manakala tempat ketiga disandang Kompeni Pentadbir. Hadir bagi menyampaikan hadiah- hadiah ialah Yang Mulia Lt Kol Pengiran Mohammad Shamsul Reza bin Pengiran Dato Paduka Haji Tengah, Pegawai Pemerintah, 2Bn TDDB.

Adapun tujuan Kejohanan bolasepak ini dianjurkan adalah untuk mengenalpasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan dalam Pasukan 2Bn TDDB yang akan bertanding di peringkat Tentera Darat Diraja Brunei. Liga tersebut juga dihasrat untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan interaksi di antara kompeni-kompeni 2Bn TDDB.