PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 08 Oktober 2018
 – Perbarisan Penyerahan Bendera bagi Eksesais Mertak Bersatu dan Eksesais Malbru antara Tentera Darat Diraja Brunei dan Tentera Darat Malaysia telah berlangsung bertempat di Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Upacara ini telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei. Eksesais yang dilaksanakan pada kali ini adalah Eksesais Mertak Bersatu yang ke-11 dan Eksesais Malbru yang ke-14.

Delegasi Eksesais Mertak Bersatu diketuai oleh Yang Mulia Mejar Azaman bin Haji Hussien daripada Kompeni Memerintah, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei. Manakala bagi Eksesais Malbru diketuai oleh Yang Mulia Mejar Hishammudin bin Haji Marzuki daripada Kompeni A, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei.

Eksesais Mertak Bersatu akan berlangsung di Kota Belud, Sabah bermula 16 Oktober 2018 hingga 27 Oktober 2018 dan Eksesais Malbru akan berlangsung di Miri, Sarawak bermula 15 Oktober 2018 hingga 27 Oktober 2018.

Objektif Eksesais Mertak Bersatu adalah untuk memberi pendedahan pada perancangan tembakan menggunakan senjata 81mm manakala untuk Eksesais Malbru adalah untuk meningkatkan kecekapan kedua-dua pihak bagi melaksanakan operasi didalam konteks peperangan terbuka.

Selain menjalinkan kesefahaman dalam bidang ketenteraan, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara dua Angkatan Tentera. Latihan dua hala tersebut mengukuhkan lagi persahabatan dan akan terus menggalakkan hubungan pertahanan yang lebih dekat diantara Negara Brunei Darussalam bersama Malaysia.

FLAG HANDING CEREMONY FOR EX MERTAK BERSATU AND MALBRU 2018

TUTONG CAMP, Monday 08 October 2018 – The flag handing ceremony in conjunction with Exercise Mertak Bersatu 11/18 and Exercise Malbru 14/18 between the Royal Brunei Land Force and the Malaysian Army has been carried out at Tutong Camp. The guest of honour for the ceremony was Yang Mulia Brigadier General Dato Seri Pahlawan Awang Khairul Hamed bin Awang Haji Lampoh, Commander of the Royal Brunei Land Forces. This year’s exercise marks the 11th series of Exercise Mertak Bersatu and the 14th series of Exercise Malbru.

The delegation for Exercise Mertak Bersatu was headed by Yang Mulia Major Azaman bin Haji Hussien, Officer Commanding of Command Company, Second Battalion Royal Brunei Land Forces. The delegation for Exercise Malbru was headed by Yang Mulia Major Hishammudin bin Haji Marzuki, Officer Commanding of A Company.  

The exercise objective for Exercise Mertak Bersatu is to provide personnel the experience of live-firing using 81mm mortar, whilst for Exercise Malbru is to enhance skills in conventional warfare.

Exercise Mertak Bersatu will be held from 16 October 2018 until 27 October 2018 at Kota Belud, Kota Kinabalu, Sabah and Exercise Malbru, Miri will be held from 15 October 2018 until 27 October 2018 in Miri, Sarawak. The bilateral exercise aims to promote closer defence ties between Brunei Darussalam and Malaysia.